2 Cara Cepat Belajar Kamera!

Awal tahun 2018 saya ada banyak open kelas, tujuannya untuk dapatkan gambaran sebenar kemampuan MINDA anda sejauh mana kemampuan untuk memahami fotografi ini.

Bedasarkan pengalaman tersebut, saya dapat kongsikan dengan anda 2 CARA SIMPLE untuk anda belajar fotografi ini dengan mudah.

#1 Nota Percuma
Kita ni sebenarnya sudah ada nota free dapat siap-siap dengan kamera tu. Mana? Tuuuuu buku manual tu. Itulah nota percuma awal yang anda boleh gunakan.

Walaupun ia percuma tapi itulah yang paling penting and abaca terlebih dahulu.

Setiap kamera kita ni boleh kata ADA SEMUA & SAMA. Bezanya kamera ini ada sedikit perbezaan dari symbol butang, kedudukan butang & ada kalanya istilah sedikit berbeza.

Pokoknya kalau anda tidak kenal kamera sendiri, macam mana kita nak belajar kamera tu. Jangan malas baca manual. Kenalpsti dulu butang-butang yang ada dalam kamera tu, kenalpasti symbol yang terpapar.

 

#2 Sumber 3 Penjuru
Dalam banyak-banyak symbol yang ada tu, anda perlu perhatikan 3 simbol utama berikut:
i. Mode Manual & Aperture Priority
ii. Mode White Balance
iii. Butang untuk adjust Shutter Speed, Aperture & ISO

3 sumber utama ini adalah yang terawal yang sangat penting untuk anda fahami Shutter Speed, Aperture & ISO

Shutter speed ni merujuk kepada tempoh shutter dibuka untuk mendedahkan cahaya kepada sensor kamera anda. Secara asas, semakin laju shutter speed anda, gambar terhasil semakin gelap.

Aperture pula merujuk kepada saiz lubang pada lens anda. Semakin besar nombor, semakin kecil saiz lubang lens anda yang menyebabkan gambar anda jadi semakin gelap kerana semakin kurang cahaya dapat masuk.

ISO pulak saya boleh gambarkan sebagai cermin gelap depan sensor anda. Nombor ISO yang kecil merujuk kepada cermin yang hitam. Dan apabila nilainya di tambah, ia sama kita tukar cermin tingkap yang semakin cerah. Jadi semakin tinggi ISO, gambar akan semakin cerah.

FLOW pemilihan setting sebenarnya bermula dengan APERTURE > SHUTTER SPEED > ISO. Maka the best way untuk anda mula belajar adalah dengan menggunakan mode Aperture Priority. Anda pilih aperture yang anda mahu, dan biarkan kamera anda memilih value yang lain.
Jadi anda boleh dapatkan value cadangan bagi shutter speed & ISO yang berkemungkinan sesuai.

White balance berkaitan dengan WARNA kulit atau warna reality sebenar yang anda mahu gunakan. Jadi paling mudah anda boleh gunakan white balance SUNNY/ SUN DIRECT sebab ia menghasilkan gambar dengan warna hampir sama dengan cahaya putih matahari. Mungkin tak tepat, tapi sekurangnya tak lah merepek sangat.

Jadi selamat mencuba ye.

SHARE post ini dengan rakan FB anda.