2 Cara Simple Cara Tetapkan Harga Pakej Jurugambar Perkahwinan

Sebelum ini saya ada post di wall fb saya tanya kenapa kita-kita ni buat service jurugambar perkahwinan. Macam-macam komen saya terima. Tapi ada satu persamaan yang saya perasan. Kita ni buat service jurugambar perkahwinan untuk manafaatkan minat yang ada, untuk jana pendapatan supaya pelaburan kamera tu mendatangkan hasil.

Saya juga bersetuju, dan sangat bersetuju. Sebab tujuan asal saya pun adalah yang sama.

Jadi saya hari ini nak share la dengan anda bagaimana untuk pastikan service anda tu betul-betul berikan anda income.

Baik sebenarnya ada banyak cara untuk pastikan bisnes tu beri income kepada kita, yang paling utama sebenarnya adalah tahu cara kira harga service anda tu. Hari ni saya nak share 2 model pengiraan yang saya berpendapat sesuai dengan zaman la ni.

#1 Model Kawan-Kawan
Ni adalah model yang paling simple untuk jadi kayu ukuran pertama anda. Model ini senenarnya adalah berdasarkan pendapatan atau kemampuan penduduk lokasi anda sendiri.

Cara yang paling mudah adalah lakukan survey random di pekan kawasan anda dan kenalpasti PURATA pendapatan mereka. Cara ini sebenarnya adalah paling malas nak study sebenarnya. Bila kita tahu pendaptan purata ni, so kita boleh letakkan ia sebagai value minima yang perlu client anda bayar.

LOGIK matematik, gaji minima kawasan itu akan menggambarkan berapa jumlah yang yang mampu seseorang itu keluarkan. Jika kawasan anda putara adalah RM1000, maka secara logic mereka biasa membelanjakan duit dengan nilai RM1000 & menghulukan RM1000 itu adalah perkara biasa.

Macam kita la, kalau kita dah terbiasa hulur RM1000, bagi kita biasa je RM1000 tu. Maka kalau saya sebagai client, saya akan rasa mudah nak hulur nilai wang tu kepada photographer saya.

Namun model ni sesuai kalau anda buat bisnes secara part time. Sebab kita tidak berhadapan dengan income terdesak, sebab kaedah ini akan menyebabkan ada bulan yang kita kemungkinan tiada pendapatan. SO duit yang ada adalah cukup-cukup atau kurang.

Jadi saya suka share dengan anda modal ke-2 iaitu

#2 Model Laki Bini
Haaaaa ni model yang saya suka gunakan sebab ia sangat sesuai kepada mereka yang buat secara full time. Model ini sebenarnya adalah berdasarkan KOS hidup anda sendiri & keluarga.

Apa yang anda perlu buat adalah kenalpasti berapa kos hidup anda dalam tempoh 1 tahun. Katakan RM20000 setahun, maka anda perlu pastikan income anda juga paling tidak dapat capai angka tersebut juga.

Dengan kata lain, anda perlukan pendapatan bersih minima RM20000 setahun. Jadi dalam setahun tu berapa total pendapatan yang anda rasa boleh dapat? Katakan 56 job wedding. Maka anda bahagikan kepada 56 maka caj minima mungkin boleh diletakkan sebagai RM358 lebih kurang.

Tapi dalam masa yang sama ada kalanya value yang kita dapat pun luar jangkaan value yang terhasil adakalanya terlalu rendah & adakalanya terlalu tinggi. Bagi saya, kedua-dua model ini sangat mebantu saya untuk survive.

Caranya adalah saya kenalpasti berapa minima kos hidup, dan dapatkan value income yang diperlukan. Akan tetapi sekiranya value harga minima berada pada paras bawah minima income penduduk setempat, saya akan letakkan value minima dari modal kawan-kawan tadi & tentukan berapa minima job yang kita perlu dapatkan.

Kedua-dua model ni adalah bertanggapan pakej shoot & burn. Sebab nak tambah pakej mudah, item yang kita nak bagi tu ADD ON je.

Kalau semua photographer faham model ini dengan baik, saya jamin kita semua akan pastikan value yang di paparkan bersesuaian atau pun tidak.

Tapi ada satu lagi model iaitu NILAI SENI. Yang ini sangat subjective untuk dibahaskan. Sebab itu 2 model ini menjadi based line yang sesuai & logic.

Anda belajar sesuatu hari ni?

SHARE post ini kepada rakan-rakan anda ye.