3 Cycles Jurugambar Perkahwinan!

Saya cukup bersyukur sebab sampai sekarang saya masih berada dalam market wedding photographer di Malaysia. Jika nak dibandingkan dengan pencapaian sahabat-sahabat foto lain yang saya sangat-sangat hormati memang masih jauh lagi perjalanan saya.

Namun sepanjang pengalaman yang ada saya dapat share dengan anda 3 cycle kesilapan yang dilakukan oleh jurugambar perkahwinan yang kita mungkin terlepas pandang.

#1: IKUT JE
Sebenarnya silap ini bukan hanya tertumpu kepada jurgambar perkahwinan je, sebenarnya photographer bidang lain pun sama.

Ramai yang saya perhatikan hari ini hanya follow sahaja cakap orang tanpa mengetahui apa sebenarnya fakta sebenar sesuatu perkara tersebut.

Fakta ini adalah merujuk kepada SEBAB & AKIBAT sesuatu tindakan itu dibuat.

Contoh yang paling saya selalu jumpa, asal shoot portrait je nak F1.4, F1.8. Asal portrait je nak kena ada bokeh power. Apa yang power pun entah saya tak sure tang mana power tu.

Sedangkan aperture tu adalah kawalan lens yang mempengaruhi depth of field yang digunakan untuk mengawal KANDUNGAN gambar tersebut.

#2: SIBUK
Penyakit kebanyakan jurugambar sekarang ni terlalu memikirkan masalah orang lain berbanding diri sendiri. Mana tidaknya, bila jumpa jurugambar yang baru kita kenal, sibukkan gajet apa yang digunakan.

Bila tahu gajet dia lagi mahal rasa nak down.

Padahal gajet tu alat tau, kalau kita tahu apa yang kita buat, apa pun boleh jadi. Ni sibuk dengan gajet orang sampai kelebihan pada gajet sendiri lupa nak kaji.

Akhirnya tak bergerak jugak.

#3: LEMBAB
Ni sebenarnya sangat sensitive, tapi kena sebut juga. Lembab ini bukan maksudnya anda tidak pandai, tapi apa yang saya maksudkan ramai jurugambar di luar sana yang LEMBAB BERTINDAK.

Sudahla main ikut orang je, sibuk sangat dengan gajet orang lepastu down. Dalam masa yang sama tak ada juga tindakkan dibuat untuk capai apa yang diimpikan.

Kadang-kadang saya terfikir apa yang mereka fikirkan sebenarnya?

Mahu buat bisnes yang bagi pendapatan, tapi tiada tindakan untuk capai target tu. Yang dah buat bisnes pulak bimbang pakej wedding yang menurun, job semakin berkurang, income semakin menurun. Tapi dalam masa yang sama tiada juga tindakan untuk improve.

Job tak ada bukan tukar kamera beb, tukar strategi marketing beb!

3 kesilapan ni sudah jadi semacam cycle dalam kepala photographer. Orang berjaya ni dia tang tunggu-tunggu. Dapat input dia terus buat. Tak dapat hadiri workshop, follow panduan online dulu. Ini tidak, masih beralasan je hari-hari.

Yang betulnya malas.

Faham ke faham?

#GurufotografiMalaysia
#ZulhilmiHarman
#CoachFotografiBisnesAnda