3 Fasa Penting Bisnes Wedding!

Ramai sangat jurugambar perlahwinan yang pernah saya lihat telah menjalankan bisnes mereka dengan cara yang SALAH.

Untuk pengetahuan anda sebenarnya untuk jadi jurugambar perkahwinan yang buat business anda perlukan 3 LAPIS/ FASA persiapan yang WAJIB anda buat terlebih dahulu.

3 FASA tersebut temasuklah:-
1. FASA Self-Preparation
Ini memang fasa yang HANYA diberi focus oleh mejoriti jurugambar di Malaysia hari ini. Saya tidak tahula mengapa fenomina ini terjadi. Tetapi itulah hakikat yang saya lihat.

Dalam fasa ini, memang saya tidak nafikan ramai yang berjaya meghasilkan gambar-gambar yang sangat hebat. Saya sendiri pun tidak ada masa yang banyak untuk hasilkan gambar yang begitu hebat itu.

Maklumla, kelemahan saya adalah MASA. Saya tidak ada masa untuk buat editing yang heavy. Kalau untuk siapkan gambar sampai 2-3 minit, memang sorry la…. Jujur cakap saya memang tak boleh siapkan. Fokus utama saya adalah dapatkan KUASAI TEKNIK yang boleh memudahkan KERJA SAYA supaya kerja saya cepat dan memudahkan.

Selagi study PhD saya belum habis, selagi itulah kekangan utama saya adalah masa. Doakan saya dapat tamatkan study saya tahun ni ye.

SEMUA teknik tidak ada yang betul tidak ada yang salah, TETAPI apa teknik pun yang anda pilih, pastikan anda memilih teknik yang MEMUDAHKAN anda kembali serta SESUAI dengan kelemahan anda.

2. FASA Knowlage & Skills
Jangan salah faham pulak, saya bukan nak bagi tahu fotografi tu bukan knowlage dan skills tetapi sebabkan jurugambar tersebut adalah anda, maka ia duduk dalam fasa persiapan diri.

Jadi dalam fasa knowlage & skills ni sebenarnya ada banyak lagi perkara yang anda perlu tahu seperti kemahiran macam mana untuk kita SPEED UP kerja-kerja, bagaimana untuk SIMPLIFY semua perkara yang akan memudahkan kerja kita semua termasuk SEMUA yang berkaitan dengan STANDARD OF PROCEDURE.

Satu perkara yang SANGAT-SANGAT di abaikan oleh jurugambar perkahwinan hari ini ialah tidak memikirkan KEMAHIRAN close deal, kemahiran menguruskan client dan TEKNIK bagaimana untuk tukar client menjadi customer.

Anda tahu tak? Client tu tidak sama dengan customer. Client ini sebenarnya orang yang gunakan service kita sekali sahaja. Manakala customer adalah mereka yang menggunakan service kita berkali-kali dan juga berikan kita client yang baru.

Semua itu adalah SKILL yang tidak ada kaitan pun dengan skill fotografi. Sebab itulah hari ini ramai jurugambar, tetapi ramai yang GAGAL untu berbisnes.

3. FASA Marketing Game Plan
Sudahla skills yang penting tadi diabaikan, buat bisnes pulak langsung tidak ada GAME PLAN macam mana untuk anda dapatkan client, apatah lagi customer.

Game plan ini memang satu perkara yang tidak dikongsikan pun oleh mereka yang sudah berjaya. Bukan sebab tidak mahu berkongsi, sebaliknya kebanyakannya sebab TIDAK JELAS dengan game plan sebenarnya sebaliknya hanya lakukan TRY & ERROR.

Sedangkan try & error itu adalah salah satu part dalam game plan.

Bagaimana untuk kongsikan idea game plan sedangkan apa yang di buat hanyalah try & error. Game plan ini sebenarnya adalah STEP bagaimana untuk kita buat marketing dan apa process yang dilakukan untuk capai objective.

Dalam game plan ini sebenarnya ada banyak OBJECTIVE yang terlibar sebenarnya. Dan setiap objective tersebut ada aktiviti atau teknik yang dipilih untuk capai. KELEBIHAN apabila kita jelas, tentang game plan ini, kerja-kerja pemasaran akan lebih effective.

3 FASA ini sangat penting untuk anda beri perhatian, TERUTAMA SEKALI dalam zaman ekonomi yang begitu mencabar pada hari ini sebab client akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Termasuklah dalam hal memilih jurugambar perkahwinan mereka.

Tanpa ada game plan yang baik, sebab itulah sukar untuk dapatkan job atau client anda sendiri. Lihat contoh posting yang saya jumpa dalam group baru-baru ni. Bagaimana kita nak dapat client kalau yang promosi service mereka sampai 194 orang, sedangkan yang tanya hanyalah seorang. 1 NISBAH 194 atau 0.50 % je kemungkinan anda dapat job tersebut.

Sebab itulah GAME PLAN ni sangat penting. Semoga posting ini bermanafaat kepada anda.

Jika post ini bermanafaat kepada anda, saya mahu ajak anda join kelas online saya untuk belajar shoot wedding & business di KLIK SINI.

Comments