3 Kepentingan Deposit Booking Kepada Bisnes Anda

Banyak kali terjumpa ada diantara jurugambar kahwin ini tidak mengambil DEPOSIT untuk bisnes mereka. Pernah juga saya Tanya kenapa tidak ambil depsot? Rata-rata menjawap tidak tahu kenapa kita perlukan deposit dalam bisnes jurugambar perkahwinan ini.

Sebelum saya kongsikan 3 kepentingan deposit tersebut, saya perlu jelaskan yang ADAT MAJLIS perkahwinan di Malaysia ini ialah bermusim iaitu banyak bertumpa semasa musim cuti. Contohnya baru-baru ini musim cuti sekolah RAYA HAJI dan MERDEKA. Setiap minggu saya ada shoot dan semua crew juga dikerah bertugas.

Salah satu proses dalam pengurusan client adalah BOOKING DEPOSIT.

Booking deposit ini adalah sejumlah amount yang perlu dibayar oleh client lebih awal mengikut apa yang ditetapkan oleh anda.

NORMAL deposit ini adalah sekitar 10% – 50% daripada jumlah INVOICE. Dengan kata lain, jika pakej yang dipersetujui RM1000, maka deposit 10% adalah sekitar RM100. Jadi apa sebenarnya kepentingan deposit tersebut?

1) CONFIRM
Yang utamanya ialah sebagai confirm booking service kita. Dengan adanya deposit, customer akan faham yang sah booking tersebut setelah bayaran deposit telah kita terima. Ia juga sebenarnya memudahkan kita untuk argument kepada client yang suka “janji mulut” ini untuk tutup mulut jika mereka “bising-bising” kenapa tidak boleh shoot mereka pada hari majlis.

Selain daripada itu, ia juga adalah bertujuan untuk mendapatkan “serious customer” yang benar-benar berminat dengan service kita dengan membezakan mereka melalui pembayaran deposit.

2) CASH FLOW
Selain itu, dalam bisnes ini antara perkara yang sangat penting ialah cash flow. Yela macam mana untuk kita bayar bill rumah, bill phone semua jika kita tiada CASH. Cash flow ni bahasa mudahnya ialah duit yang kita terima setiap hari.

RAHSIA sebenar untuk survive dalam suasana ekonomi yang lembab ini adalah cash flow yang baik. Maknanya kita perlu dapatkan client hampir setiap hari untuk memastikan cash flow kita dapat menampung perbelanjaan harian kita.

3) MARKETING
Dengan cash flow yang baik, aktiviti pemasaran akan dapat berterjalan secara berterusan. Saya dapat service dengan service saya sejak 2009 adalah disebabkan pusingan cash flow yang membantu saya meneruskan pemasaran sama ada secara ONLINE atau OFFLINE.

Yela untuk buat marketing bukannya percuma, semua perlukan KOS YANG TINGGI. Jadi setiap booking deposit tersebut SANGAT PENTING untuk pastikan marketing dapat dijalankan secara BERTERUSAN dan BERPANJANGAN.

SHARE post ini jika post ini bermanafaat.

Comments