3 KEPENTINGAN Watermark Dalam Bisnes Jurugambar

Watermark! Apa tu? 

Ni memang satu perkara yang amat jarang kita beri perhatian. Sebab yela kalau lihat pada gambar yang saya upload pun  jarang juga ada watermark ni. Tapi tak bermakna pula watermark ni tidak ada kepentingan. Jadi hari ni saya nak kongsikan dengan anda, 3 kepentingan watermark ini.

 

#1 Bukti Mahkamah

Dalam contest gambar yang anda jual sendiri yang bernilai superb contohnya gambar landskap yang anda ambil dan anda seorang je dapat gambar tu. Jenis gambar-gambar macam ni bagi saya WAJIB dilindungi dengan watermark jika anda mahu jadikan bahan DIGITAL. Yela kalau tak upload, orang tak tahu jugak gambar tu wujud. Jadi dalam hal ni watermark ni penting sangat & boleh dijadikan bahan bukti itu adalah hasil kerja anda. 

 

#2 Kesedaran Minda

Tetapi jika gambar itu adalah gambar yang normal, contohnya gambar perkahwinan, ia adalah gambar yang RAMAI orang boleh tolong jadi saksi kepada kes kecurian gambar. Yang jenis macam ni, saya tidak gunakan watermark untuk tujuan perlindungan, sebaliknya lebih kepada bertujuan untuk mengingatkan client saya tentang service saya. Jadi kadang-kadang je saya gunakan watermark pada gambar yang saya upload. 

 

Dan yang terakhir

#3 Branding Power

Berbeza sedikit dengan kesedaran minda tadi, ada kalanya kita gunakan watermark ini untuk MENGGAMBARKAN kekuatan branding kita. Orang sangat yakin dengan sesuatu brand itu jika mereka selalu lihat watermark tersebut pada MEDIA yang berpengaruh seperti TV, papan-papan iklan. Jadi dalam kondisi ini watermark ni sudah jadi WAJIB ditonjolkan.

 

3 kepentingan sudah cukup untuk memaksa anda design watermark anda sendiri dalam tujuan PEMASARAN & PERLINDUNGAN HAK ANDA. Namun watermark ini seharusnya mempunyai CIRI-CIRI berikut:

1. SIMPLE supaya orang nampak dengan jelas. Maksudnya sekali pandang dah boleh ingat.

2. SINGLE colour ini bertujuan memastikan watermark tersebut nampak kemas & EXCLUSIVE. Maxima warna pun 3 sahaja. Lagipun jika satu warna sahaja, kos untuk customize semua item kita adalah lebih menjimatkan. 

3. UNIQUE. Ha ni pun satu hal jugak. Jangan la nak nampak hebat sampai watermark anda hampir menyerupai orang lain punya. Saya bimbang anda bukan promosikan service anda sendiri sebaliknya orang lebih ingat kepada pesaing anda.

 

SO gunakan watermark ini sebaik mungkin & yang paling penting jadikan sesekali ambik mudah tentang watermark ini.

Semoga bermanafaat ye.