3 Langkah Awal Marketkan Service Anda

Kita ni selama ni hanya focus pada gambar je semata-mata. Sebab tu kita rasa susah untuk menjual. Dalam bisnes wedding ni sebenarnya kita dah terlalu banyak buat silap dalam menjual service tersebut.

Zaman sekarang alatan kamera yang mahal BUKAN lagi alasan untuk anda caj service anda. Ramai yang boleh beli kamera, ramai yang boleh miliki sendiri kamera hari ni. Sebab tulah kita ni perlukan pembaharuan dalam proses menjual kita.

Sebenarnya cara terbaik untuk menjual adalah UNTUK TIDAK MENJUAL.
Haaaaaa?? Macam mana pulak tu??

Sebab tu kita kena belajar STRATEGI MARKETING. Hari ini cara untuk melakukan jualan sudah berubah. Kalau dulu upload gambar je orang mula akan pm kita, tapi sekarang processnya berbeza. Berikut ada beberapa TINDAKAN yang perlu anda buat pada hari ni juga.

#1 Profile Yang Baik
Kalau dulu kita fikir belasah je nama profile fb kita. Ada yang letak nama “Insan Lemah”. Zaman sekarang ni, orang tengok nama bukan-bukan ni orang tak mahu nak friend pun. Tambah pulak, sekarang ni fb sedang giat menapis user fb yang melanggar polisi pengguna.

Sesiapa yang tidak menggunakan nama sebenar, akaun mereka akan DIPADAM oleh fb. Pastikan anda tukar nama sebenar sekarang juga atau anda memang rela kehilangan profile anda.

#2 Tunjukkan Wajah
Sekarang ni pula, pengguna hari ini semakin bijak dan berhati-hati dengan peniaga online ni. Kalau kita sendiri pun, kalau tidak dapat mengenali peniaga tersebut, PASTI kita sendiri pun tidak akan berurusan dengan dia.

Begitulah juga dengan pelanggan anda. Mereka mahu tahu SIAPA anda, siapa pemilik akaun fb tersebut. Maka tunjukkanlah muka anda tu, jangan nak sorok sangat. Macam mana orang nak percaya dengan anda, nama dah guna nama bukan-bukan, gambar pulak tak ada kena mengena pulak.

Kalau kita fikir balik, siapa pun akan was-was dengan profile anda.

#3 Jadi Baik Kepada Semua Orang
Saya juga mahu menasihatkan anda untuk tidak menyebarkan maklumat yang anda kurang kepastian seperti isu-isu semasa yang sedang viral.

Perkara ini sedikit sebanyak akan memberi TANGGAPAN NEGATIF orang kepada diri anda. Suasana ini kurang baik untuk masa depan bisnes anda. Tambah pulak apa yang kita share tu sebenarnya adalah fitnah, bukan fakta sebenar. SO menaggunglah kita.

Kan lebih baik kalau anda share benda-benda yang lebih berfaedah. Dapat juga anda kumpulkan saham akhirat yang sangat penting.
Faham ke faham?
SHARE post ini ye.