3 LANGKAH Photogrpaher Perlu Lakukan Setiap Kali Tiba Di Lokasi!

Saya kalau ke kenduri kahwin kawan-kawan, sedara-sedara memang saya ambil kesempatan untuk perhatikan gelagat photographer ni. Time kita belajar shoot dulu kita kadang-kadang terlupa nak perhatikan orang yang kita tag tu.

Sementara belum famous ni, senang nak membuat perhatian.

Rata-rata yang saya perhatikan ramai yang terlupa untuk buat benda ni. Ada yang skip macam tu je tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu, tanpa rasa tanggungjawap.

Setiap kali kita sampai ke lokasi job, pastikan anda buat benda ni. Apa dia? Haaaa meh abam nak cerita.

#1 Sujud Tapak Kaki
Haaaaa jangan salah faham pulak, kalau kita perhatikan cerita Hindustan, kalau hero tu sampai je rumah awek depa, depa terus sujud sentuh kaki pak awek dia.

Hindustan pun pandai hormat tuan rumah, tetiba jadi photographer menonong je masuk majlis orang, tak kenalkan diri pun dengan tuan rumah, tak tanya pun mana family pengantin bagai. Mana adap kamu? Mana maruah kamu?

Memang la kita di bayar, tapi adab tu tuntutan. Mai tu jumpa la tuan rumah dulu, kenal-kenal adik beradik pengantin, sepupu-sepupu dia. Selain untuk menghormati, diorang ni orang penting yang wajib ada dalam senarai gambar yang kita kena ambil.

Dan mereka ni juga adalah orang-orang yang mungkin boleh berikan anda next job. Dah yang ko sombong sangat tu apa pasai kan?

Untung-untung kalau yang belum temu jodoh kot depa tu jadi calon kita nak tunjuk kat mak kita hahaha. Paling tidak kita ada orang nak rujuk semasa majlis.

#2 Sahabat Gosip
Zaman sekarang ni sudah jadi kebiasaan majlis kahwin ada DJ. Tak kesah la dj tu muda ka, tua ka, awek ka, perawan ka, kita kena hormat dengan dia. Jadikan dia kawan jugak.
DJ ni ibarat kaunter pertanyaan jugak sebenrnya & kebiasaannya diorang ni sangat membantu untuk menentukan perjalanan majlis tersebut. Saya sangat suka kalau DJ ni boleh tolong aturkan majlis sebab dia ada speaker, so tak perlukah kita menjerit-menjerit masa nak panggil ahli keluarga.

Sebab kita ni pun manusia biasa, suara pun nak simpan jugak untuk karok malam sat lagi hahaha.

Paling untung dapat DJ best dia siap tolong promo service kita dalam majlis tu. Ada la benda baik kita dapat sama. Betul tak? Jangan nak bergosip sorang-sorang sangat la ye, nak bergosip biar berjemaah sama hahahaha.

#3 Pembaris & Tape Kuning
Sudah kenal tuan rumah, sudah kenal abam DJ so jangan lupa bawak pembaris kuning dengan tape kuning sama. Macam mana tu? Nak buat pe?

Jangan panic dulu….

Tak perlu bawak pun, apa yang kita kena buat ialah kita perlu semak semua setup yang telah dibuat untuk majlis tersebut. Contohnya hiasan pelamin, hiasan meja makan, gerbang, booth. Apa yang tak kena dengan semua benda tu, kecatatannya pastikan kita take noted. Mana yang boleh kita mintak tolong family diorang adjust kita adjust.

Ni ada saya perhatikan, majlis dah jalan separuh, dia tak perasan yang lampu pelamin tak pasang. Setup mahal-mahal lampu tak onn. Saya sangat teliti tentang setup pengantin ni. Sebab ia sangat menyusahkan saya, sebab ada kalanya gambar dah cantik, tapi kadang-kadang nampak cacat sebab pelamin senget contohnya.

Satu lagi susunan meja, kadang-kadang sembang nak buat berarak, tapi ruang jalan berarak lupa nak sediakan. Orang selalu terlepas pandang.

Sebab tu mana boleh tutup kita tutup, mana boleh adjust kita adjust, mana boleh repair kita repair. Bukan untuk kita, untuk client & memudahkan kerja post-processing jugak.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi 3 ni pun biasa saya perhatikan photographer ni tak boleh nak buat. Bagi dia itu bukan kerja dia. Padahal semua tu berkaitan, itu juga benda yang bezakan service anda dengan service orang lain.

Faham ke faham?