3 Lens TERBAIK Untuk Shoot Wedding!

Selama ini ramai sungguh orang tanya saya. Apa lens yang terbaik untuk shoot wedding?

Saya cukup jem kalau dapat soalan macam ni. Sebab saya tiada jawapan yang khusus untuk saya beritahu. Sebenarnya ramai yang dimomokkan dengan fakta yang tidak tepat. Contohnya, ramai cakap shoot landscape mesti menggunakan wide lens & ramai juga yang ajar orang baru shoot portrait mesti guna lens 50mm.

Ini memang jawapan yang mejoriti bagi. Tapi bila dikaji semula, lens itu adalah tool.

Yang terbaik sebenarnya adalah BAGAIMANA anda manafaatkan tool tersebut.

Berbalik kepada lens terbaik untuk shoot wedding tadi. Secara peribadi saya ada gunakan semua range lens yang ada dalam shoot gambar wedding saya sebelum ini. Antara lens yang saya gunakan adalah (CONTOH SAHAJA): 

#1 Wide Zoom Lens; contohnya 18-105 mm F3.5-5.6

#2 Prime Semi Range; contohnya 35 mm F1.8

#3 Prime Long Range; contohnya 50 mm F1.8/ 85 mm F1.8

Setiap lens memberikan hasil kerja yang berbeza dari segi BOKEH, KOMPOSISI, BACKGROUND & CROP AREA. Dengan kata lain, sebenarnya apa yang kita gunakan atau pilih adalah berdarsarkan KEPERLUAN atau sebenarnya BAGAIMANA gambar yang anda mahukan.

So tidak kesahlah lens apa yang anda gunakan, apa yang lebih penting anda tahu apa yang anda lakukan untuk menghasilkan gambar yang anda mahu. Setiap photogpher ada cita rasa masing-masing, cuma anda perlu lebih bijak & FEEL lens anda dengan baik.

Faham ke faham?