3 Principles Asas Kamera Yang Wajib Anda Tahu

NAMA JE ASAS KAMERA, TAPI RAMAI TIDAK TAHU!

 
Secanggih mana sekalipun kamera anda, jangan diabaikan asas kepada FOTOGRAFI. Fotografi asalnya adalah ilmu cahaya sebelum digabungkan dengan ilmu arts & psychology. Jadi sebelum kita lompat pergi lebih jauh, yang asas tu perlu anda fahami dahulu. Asas kepada kamera anda ada 3 principle utama iaitu:

#1 Exposure Value

Principle ini sebenarnya di kawal oleh 3 kawalan cahaya yang utama iaitu APERTURE, SHUTTER SPEED & ISO.

Turutan pemilihan yang betul untuk memilih setting adalah APERTURE > SHUTTER SPEED > ISO dengan flow pemikiran anda yang menjawap persoalan berikut:

APERTURE; apa yang anda mahu dalam keadaan sharp?
SHUTTER SPEED; bagaimana anda expect subject tersebut, pegun atau ada pergerakan?
ISO; berapa exposure subject yang anda perlukan untuk hasilkan apa yang anda mahu.
Ketiga-tiga setting ini akan diselaraskan supaya exposure value adalah sesuai dengan apa yang anda harapkan.

#2 Warna

Principle ini pula dikawal oleh 3 komponen iaitu Picture Style, White Balance & Color Space.

Ketiga-tiga komponen ini akan memberikan result yang berbeza mengikut apa yang anda gunakan.

Dengan penetapan yang betul, tone warna yang bakal terhasil akan hasilkan gambar yang lebih menarik dengan mod emosi yang berbeza-beza.

Ada orang minat warna fresh, ada orang minat ala-ala sejuk gitu & ada juga orang minat ada-ala pink. Ikutla mana yang anda minat.

#3 Calibration

Walau hebat mana sekalipun skill kamera anda, TANPA calibration antara display anda seperti screen labtop & calibration software suntingan yang anda gunakan, result hasil kerja anda akan TERJEJAS.

Calibration berperanan mengawal hasil kerja anda & diselaraskan untuk memaparkan hasil kerja tersebut secara TEPAT & BENAR pada semua paparan.

Jika anda tidak kawal perkara ini, anda akan berhadapan dengan KEKELIRUAN hasil kerja dimana anda rasa gambar & warna tersebut menarik, tetapi orang lain melihat pada screen mereka nampak buruk.

Mungkin dengan orang yang bukan dalam bidang yang sama melihat ia berbeza (sebab mereka tidak buat calibration) tetapi yang lagi penting gambar tersebut adalah sepadan dengan hasil printing anda juga.

Anda shoot & edit cantik-cantik, dapat gambar lepas print, hasil mengecewakan. Itu adalah situasi yang bakal anda hadapi jika calibration di abaikan.

3 Principle ini anda wajib tahu untuk jadi seorang photographer.

SHARE post ini ok!