3 Rahsia Jurugambar Lama Hasilkan Gambar Yang Best!

Saya ni jenis suka kawan dengan orang tua dari yang muda. Sebab orang lama ni semestinya dah tak bertenaga macam zaman mudanya. Jadi banyak benda yang dia buat, pasti untuk senangkan diri dia balik. Logik kan?

Baru-baru ni sahabat saya invite join outing, memang niat nak join, tapi tula busy dengan writing PhD sampai terlupa terus pasai outing tu. TAPI rezeki tu tak salah alamat, sempat jumpa otai photog dalam masa yang sama.

Well sembang punya sembang, terbukak pulak cerita shoot wedding ni. Otai ni dah lama tak shoot wedding, dia lebih kepada family photos je. Tips ni anda wajib SHARE sebab memang sangat bermanafaat kepada kawan-kawan photog yang lain.

Apa yang sempat dia share dengan saya ialah

#1 Mari Awal Mari Makan
Kendiri kahwin kalau tak de makan macam tak mungkin berlaku ye dak. Hahaha tapi jangan salah faham lak, bukan nak suruh pi makan, tapi nak suruh kita pi awal ke lokasi majlis. Tujuan kita pi awal ni supaya kita ada masa untuk melihat kawasan sekeliling lokasi tersebut.

Tapi memang betul pun, saya sendiri pun, memang akan paling lewat 1 jam sebelum majlis sudah stanby di lokasi. Kadang-kadang 2 jam awal. Bukan sebab takut, tapi sebab nak kenalpasti lokasi sekeling yang ada ciri-ciri yang menarik untuk saya jadikan lokasi shoot.

Kita ni nak bagi client puas hati, so setting kamera pun kita boleh buat test-test dulu sebelum mulakan shoot. Jadi kerja kita jadi cepat & tak perlu la teragak-agak lagi.

#2 Jadi Cleaner Kejap
Selain daripada tu, kita juga sebaiknya tolongla buangkan apa je benda yang tertinggal yang mungkin mengganggu dalam gambar kita nanti.

Biasanya semasa masuk ke bilik hotel atau bilik pengantin bersiap. Alamak ai, 90% masuk-masuk confirm macam tongkah pecah. Tonggang-langgang dalam tu. SO bila kita mai awal, kita boleh tolong la clearkan apa yang patut, betulkan pelamin ke, ingatkan client mengenai apa yang dah dirancang ke.

Sebab gambar cantik ni bukan jadi sebab kamera dewa anda tu, tapi sebab kerjasama, persiapan, perancangan serta apa sahaja usaha yang dibuat untuk jadikan majlis tu perfect.
Kamera dewa pun, kalau rumah tonggang langgang tetap masuk jugak dalam background tu, mana ada shoot tetiba jadi bilik hotel first class tetiba. SO jangan ingat semudah tu je nak hasilkan gambar yang baik.

#3 Satu Tempat Lagi Baik!
Dulu saya pun tak perasan benda ni, tapi memang betul. Kita ni kalau perasan semua tempat nak shoot. Shoot tu tak salah, yang salahnya kita semula. Kenapa?

Sebaik persiapan jurugambar sebenarnya kita perlu pilih tempat-tempat di majlis yang akan jadi tumpuan utama untuk bergambar. Bukan habis satu dewan tu kita shoot. Sebab lagi banyak kita pindah-pindah tempat, lagi banyak detail yang akan terlepas pandang.

Kalau saya la, saya lebih suka focus satu lokasi & background semasa di majlis, kita ajak kawan-kawan dia shoot di lokasi yang sama je. Contohnya berlatar belakang tirai. Kita shoot je di situ, buat macam-macam shoot. Selain setting tak banyak berubah, kita akan lebih masa untuk perhatikan subject & pastikan semuanya perfect.

Error kurang, kerja senang, semua orang tak letih sangat nak pose. Pengantin pun tak lalu nak senyum kalau dah penat ke sana-sini dalam majlis tu.

SO 3 tips ni sememangnya banya tolong saya untuk lebih productive semasa bertugas. Yang penting kita tak la jadi blur sangat. Idea tu mai mencurah-curah je nanti.

Ada belajar ke belajar?