3 SEBAB Anda Gagal Dapatkan Job Shoot Wedding!

Saya dah lama dah perhatikan, dan buat kajian mengapa masalah ini berlaku.

SO dapatan kajian yang telah saya buat ada 3 FAKTOR utama mengapala susah sangat untuk dapatkan job wedding sekarang ni.

1) SALAH ORANG
Sebenarnya kesilapan yang kita buat sebelum ini sebenarnya disebabkan kita promosikan kepada orang yang salah. Contohnya pelanggan tersebut sedang cari ikan, tetapi kita promosi kepada dia nasi lemak. Macam mana la nak dapat jual lain yang mereka nak, lain yang kita offer.

Sebab tulah sebelum kita mula promosikan service kita, pastikan kita tahu SIAPA YANG LAYAK menggunakan service kita.

Sebab tak layak la mereka kata service kita mahal la, kata kerja kita senang, tekan-tekan shutter je. Padahal diri mereka yang tak tahu nilai sebenar memory tersebut.

2) KURANG MENDIDIK
Kesilapan kita sebenarnya KURANG MENDIDIK pelanggan kita apa betapa pentingnya kenangan gambar tersebut kepada mereka kelak. Sebab itu lah kita tidak boleh bergantung harap kepada gambar je, kita perlu didik mereka untuk menghargai perkhidmatan jurugambar ni.

Kita mengeluh dapat pelanggan yang liyat untuk booking photographer, tapi kita sendiri tak ajar mereka menilai gambar dan menilai hasil kerja kita. Mereka sudah faham nilai, barula terasa nak booking photographer ni cepat-cepat.

Macam kita la, dapat info pasal lens yang orang beritahu bokeh power la, sharp la, itu ini, semua pakat gila nak beli. Cuba kalau tak ada orang cakap, bagi tahu mengenai lens tu, PASTI anda biarkan je lens tu tepi jalan.

3) TAK ADA LEBIH PUN
Sebab ini sensitive sikit nak sebut, tapi kena sebut jugak. Saya lihat semua orang buat benda yang sama, cara shoot yang lebih kurang sama, editing pun lebih kurang sama. Dan yang paling menyerlah, cara upload pun cara yang sama.

Jadi apa yang membezakan antara anda dengan jurugambar yang lain? SO apa yang buat orang mesti booking dengan anda? Pernah anda fikirkan?

Ni antara 3 sebab utama mengapa orang susah sangat nak booking service jurugambar ni. 3 sebab ini juga antara punca service jurugambar dipinggirkan oleh pengantin sendiri. 

Anda nak baca sambungan hasil kajian ini? SILA Klik Di SINI.

Comments