4 FAKTA Kamera Yang Wajib Anda Tahu!

Baru-baru ini saya agak sibuk dengan kerja-kerja bisnes fotografi saya. Alhamdulillah sebab banyak juga album & gambar yang sudah berjaya saya siapkan.

Itu yang saya agak kurang update sharing saya sejak beberapa minggu ni.

Sambil-sambil saya buat preparation untuk ke Terengganu atas urusan kerja fotografi di sana, saya teringat beberapa perkara yang penting untuk jurugambar ini tahu tentang kamera anda tu.

#1 KALAH AIR
Antara kelebihan kamera sekarang ini adalah tahap ketahanan kamera sekarang dengan cuaca agak baik. Walaubagaimana sekalipun, kamera kita tetap kalah dengan air atau kelembapan yang menjadi punca fungus.

Jadi paling kurangpun pastikan kamera anda duduk dalam drybox atau sekurang-kurangnya kamera tersebut terkena cahaya matahari 2-4 kali seminggu.

#2 SALAH ORANG
Bagi yang buat bisnes fotografi pula, terutama yang buat jurugambar perkahwinan. Kehadiran kamera anda yang hebat itu akan menarik lebih ramai rakan-rakan fotografi berbanding client anda.

Kamera apa yang anda gunakan tidak akan menggambarkan kemampuan atau kemahiran yang anda miliki. Maka anda perlu bijak menggunakan gambar yang baik mengikut minat siapa bakal client kita.

Maka elakkan anda menayang gajet anda tanpa merujuk kepada keperluan yang betul.

#3 MANUAL
Bukan semua photographer perlukan mode setting MANUAL terutama mereka yang baru dalam fotografi ini.

Manual atau Auto sebenarnya tetap menjadi jurang yang besar antara jurugambar dengan kameranya sekiranya anda masih belum menguasai ilmu & pengetahuan yang menjurus kepada penghasilan gambar yang baik & berkualiti.

Sebab tulah sebelum anda lakukan sesuatu, pastikan anda kuasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang berkaitan.

#4 OPTIMA
Kita perlu terima hakikat yang kamera kita itu bukanlah satu rekaan teknologi yang sempurna.

Setiap model pasti anda kelebihan & kekurangan masing-masing. Oleh sebab itulah anda perlu mengenalpasti kelebihan & kekuangan kamera yang ada untuk kita timbal balik dalam setiap perkara tersebut.

Dengan cara itu barulah kita dapat mengoptimakan kamera yang ada sebaik mungkin.

Anda perlu ingat sehebat mana sekalipun kamera, ia tidak akan memberi apa-apa makna jika pemegang kamera tersebut tidak tahu apa yang di kehendaki & bagaimana untuk mencapainya.

Faham ke faham?