4 Kriteria Pilih Tempat Penginapan Anda.

Pengantin & Jurugambar Wajib Baca

Masalah nak tido mana ni, bukan je masalah kepada jurugambar je, ia pun masalah pengantin sama. Ada orang jodoh dia dekat sangat sampai sebelah rumah. Tak terlepas yang jodoh datang dari seberang laut.

Jadi bab tempat tido ni bagi saya masalah kritikal jugak kalau anda tidak beri perhatian. Sebab kalau anda salah pilih tempat banyak masalah yang akan timbul dikemudian hari. Contohnya pengantin sampai lewat atau tersangkut dalam kesesakan.

Saya nak share dengan anda beberapa tips bagaimana untuk memilih KEDIAMAN yang terbaik untuk anda.

#1 Berapa Minit?
Saya kalau membuat pemilihan mana nak tido ni pertama sekali saya akan kenalpasti di mana lokasi yang paling dekat dengan lokasi sebenar majlis yang akan berlangsung nanti. Kalau boleh elakkan lokasi kediaman yang akan memerlukan anda travel lebih daripada 30 minit.

Lagi pendek masa adalah lebih baik.

#2 Jem ke Jem?
Ni satu lagi, jangan silap buat percaturan pulak bab ni. Kita boleh semak masa perjalanan dalam google map, tapi dalam masa yang sama anda perlu semak juga masa perjalanan pada waktu-waktu puncak seperti awal pagi, tengah hari dan lewat petang. ATAU waktu yang sama dengan waktu majlis tersebut akan berlangusng.

Kita plan perjalanan, tapi tengok trafik jam 1 pagi. Sekali sampai masa, rupanya jalan yang anda lihat tu jem gila sepanjang tempoh tu. Tu yang kadang-kadang pengantin lambat la, jurugambar lambat la, rombongan lambat la.

Lambat ni bukan sahaja memberi kesan buruk kepada majlis, semua orang akan jadi kalut. Dah terkejar-kejar mula la nak senyum pun jadi kelat tak ikhlas. Anda nak gambar cantik, tapi semua orang susah nak senyum. Rugi la nanti.

#3 Biarlah Patut
Dekat sangat tapi mahal tak tentu pasal pun tak boleh jugak. Ia akan bebankan anda atau client anda nanti. Kalau boleh carilah hotel atau homestay yang mengenakan service dengan bayaran yang agak sesuai. Buat pilihan yang sesuai supaya anda dapat kawal JARAK & MASA yang diperlukan untuk sampai ke lokasi tersebut.

#4 Cukup Selesa
Tapi kalau murah sangat sampai tak selesa pun saya tidak galakkan. Bila anda tidak dapat rehat dengan selesa, kekuatan anda akan turun luar biasa. Keadaan ini sangat menjejaskan ketahanan fizikal dan mental anda.

SO saya nasihatkan pastikan juga lokasi menginap tersebut mampu berikan keselesaan untuk anda berehat & bertenang. Nanti mula la semua orang stress, pengantin nak marah-marah, pak cik marah-marah, kawan-kawan tarik muka.

Sebab tulah anda WAJIB dapatkan lokasi yang sesuai supaya masalah sampingan ini tidak berlaku. Sebab ia sangat memberi kesan kepada gambar perkahwinan itu nanti. Kediaman ini bukan je terhad kepada jurugambar, anda sebagai pengantin pun WAJIB tahu perkara ini untuk mengelakkan masalah yang tidak dikehendaki.

Tapi sekarang, macam mana untuk tahu lokasi hotel? Jangan bimbang, sekarang anda boleh rujuk laman berikut untuk dapatkan info hotel. KLIK SINI.

Saya pun gunakan laman web ni untuk dapatkan maklumat hotel & terus buat tempahan di laman yang sama.

SHARE post ini sama ye supaya pengantin, mak pengantin, pengapit, kawan-kawan & bakal pasangan anda juga mengetahui perkara penting ini.