4 Langkah Beli Kamera Anda

Nak beli kamera tapi pening tak tahu nak beli yang mana satu. Tu memang masalah utama la kita-kita ni. Sebenarnya, untuk beli kereta ni lebih kurang macam beli kereta jugak sebenarnya.
SO jom saya kongsikan 4 langkah tersebut.

#1 Tahun Siri
Macam kita beli kereta, benda yang akan kita lihat dulu sebenarnya adalah TAHUN PENGELUARAN kamera tersebut. Sebab ia adalah gambaran asas TEKNOLOGI yang ada dalam kamera tersebut.

Secara LOGIK dan betulnya, semakin terkini tahun pengeluaran, semakin better teknologi yang diberikan. WALAUPUN kamera beginner.

Jadi kenapasti TIMESERIES model kamera brand yang anda minati.

 

#2 KM Travel
Selain tahun pengeluaran, orang juga nak tahu KM travel kereta tersebut. Sebab kalau sudah banyak sangat, silap haribulan dapat kereta yang sudah nazak engine dia. Macam tu jugak kamera, KM travel ni sama la dengan SHUTTER COUNT.

Kamera tahun 2017, tapi shutter count dah 100K alamak ai. Kena lenjan habis body kamera ni. Silap haribulan, beli hari ni, baru pakai 1 bulan sudah lingkup.

 

#3 Market Price
Haaaa ni pun penting jugak. Kalau mahal sangat rugi la kita, tapi kalau murah sangat pulak, takut penipu la pulak. SO kena tahu anggaran harga market terkini.

Cara yang paling mudah, RUJUK laman jualan online & buat perbandingan.

 

#4 Test Drive
Akhir sekali, jangan sesekali berurusan dengan mereka jika TIDAK KENAL atau BUKAN TRASTED SELLOR macam Big Work Studio ni.

Cara paling selamat boleh COD atau orang cakap cash on delivery. Barang dah tengok, nanti boleh nego. Tapi make sure anda beli la jugak, sebab kesian orang yang jual tu, dah keluar duit minyak untuk COD dengan anda.

Atau kalau tak jadi pun, belanja la minum ka makan ka, jaga hati mereka sebab kita tidak tahu masa depan macam mana. Jangan sampai nanti kita yang malu balik terpaksa meminjam dengan dia.

 

So faham ke faham?
SHARE post ini untuk bacaan kawan-kawan sama ok.

 

Oh sebelum terlupa, saya ada buat kelas kamera & kelas marketing. Kelas ni saya buat dalam 2 hari berturut-turut. Ada 2 lokasi yang anda boleh pilih sama ada di Alor Setar & Ipoh.

Untuk maklumat lanjut boleh layari KLIK SINI

PS: Penyertaan sudah tinggal untuk 3 orang sahaja.