4 Rahisa Lens Anda Yang Mungkin Anda Tidak Sedar!

Gajet kalau geng photographer ni tak sembang memang tak sah. Memang dah jadi barah barhayal dah dalam kalangan photog ni. Kesian kawan-kawan yang baru nak up, kena pancung siang-siang hari depan orang ramai.

Kalau anda faham perasasaan mereka, SHARE post ini supaya ramai yang tahu.

Lens ni kalau nak sembang bokeh sampai kiamat tak habis. Sebelum anda nak jual atau buang lens yang ada tu, KAJI dulu lens anda tu tentang beberapa perkara ni.

#1 Tang Mana Bokeh Tu?
Ramai orang silap, tentang bokeh ni. Bokeh ni sebenarnya terhasil sebab jarak focus yang berbeza-beza kesan daripada aperture. Contohnya aperture F5.6, bila kita lock 1-point focus, maka pada jarak tertentu dari arah kedudukan titik focus menghampiri anda & menjauhi anda akan sharp.

Tapi setiap lens memberikan hasil yang berbeza. Dengan kata lain, kalau anda ada subject yang hampir dengan anda, tapi kedudukan background anda jauh, maka background tu akan jadi kabur juga sebab kedudukannya sudah keluar dari lingkungan jarak yang sharp tu.

Atau orang panggil benda ni Depth of Field. Orang sembang F1.4, 1.2 tu sebab senang dapat bokeh je, belum tentu tahu pun apa benda DOF tu apa benda.

#2 Lengkong Gambar Macam Mana?
Selain al kesah bokeh tadi, anda juga kena faham yang lens kita ni ada 1 lagi fenomina iaitu distortion. Ini memang ketara sangat kalau anda gunakan lens wide. Tapi jangan fikir lens 50mm tu tak menghasilkan distortion pulak.

Saya boleh cakap semua lens ada kesan dia, bezanya nampak ketara atau tidak. Pentingnya anda tahu benda ni, ia akan mengubah BENTUK tubuh subject yang anda shoot. Salah anda letak kedudukan, salah anda letak angle, hasilnya subject nampak “terbengkok”. Cuma kalau pandai, boleh hasilkan gambar macam orang pakai FULLFRAME je effect dia, taka da beza pun dengan yang crop body ni.

Jangan main belasah je shoot tu, habis “cacat” client anda.

#3 Siput Ke Arnap?
Selain daripada tu, kita juga berdepan dengan situasi AUTOFOCUS speed yang berbeza-beza. Anda kena tahu macam mana speed lens anda mencari contrast pada subject. Ada lens walaupun contrast sedikit ia masih cepat mencarinya. Tapi ada jugak yang sangat cepat.

Kelebihan lens yang cepat ni, kita dapat tangkap lebih tepat moment. Kalau slow, kemungkinan kita terlepas lebih banyak moment. Tapi kalau dah tahu lens tu lambat, jangan la kita pun sama ikut jadi siput. Kita pun kena laju la baca pergerakan depan anda tu.

Contohnya majlis perkahwinan, orang yang berpengalaman sepatutnya cepat menjangkakan apa yang bakal terjadi, jadi lens slow pun tidak terlalu bermasalah sebab kita sudah boleh stanby awal. Tapi kan, kalau lens laju pun, kalau yang pegang tu lagi slow dari siput, gambar yang jadi tetap biasa-biasa je. Harap outdoor je lawa. Moment majlis tak ada.

#4 Biru Ke Kuning Ke Pink?
Haaaaa ni satu lagi kadang-kadang sampai bergaduh entah apa-apa. Lens ni terutama yang third-party ni teknologi coating lens dia tak sama. Macam cermin kereta kita la. Ada yang reflect, ada yang warna hijau, ada yang biru.

Macam tu jugakla lens kita ni. Setiap lens akan berikan IMPAK WARNA yang bebeza-beza. Ada lens naikkan KUNING, ada lens suka sangat kat BIRU. Jadi sebagai photographer yang ada otak tak kepala, kena la tahu lens anda tu suka tarik warna apa dalam gambar tu.

Dari situ barula kita tahu nak adjust gambar kita macam mana kemudian nanti.
4 benda ni sebahagian daripada benda penting yang ada pada lens anda tu. Semoga adan benda manafaat saya share dengan anda hari ni.

Faham ke faham?