4 Silap Photographer Wedding Yang Wajib Anda Elak

Silap tu biasa, tapi kesilapan yang berulang dan terus dibuat tu sengal namanya. SO jangan duk suka sangat tahu, takut-takut apa yang kita buat tu kerja sengal sebenarnya. Sudah habis baca, jangan lupa SHARE post ini.

Ok 4 kesilapan ini saya nak korang beri perhatian sangat-sangat.

#1 Pengalaman Dekat Lutut
Ini adalah benda yang paling saya kesalkan sejak sekian lama dalam bidang ini. Saya tahu ramai yang sangat baik hati berkongsi pengalaman mereka dengan anda. Perkongsian itu satu sedekah.

Tapi MALANG sekali apabila orang yang menerima ilmu tu cukup sombong untuk menimba pengalaman secara berterusan meneruskan pengajian tu secara formal.

Saya boleh sediakan 1001 tips untuk anda, tapi kalau anda tidak berusaha untuk BUILD PENGALAMAN dan gali pengalaman saya yang lepas, anda tetap tidak dapat apa-apa.

Jangan baru belajar sikit-sikit terus sombong. Dan pengalaman tu perlukan masa.

#2 Exposure Memang Ke Laut
Fobia saya untuk serahkan job saya kepada orang lain sebelum ini adalah ramai yang shoot dengan EXPOSURE yang sangat mengarut dengan lighting entah ke mana-mana seolah-olah tak anda tangan.

Jadi bila exposure dan lighting ni merepek, ia bukan sahaja melambatkan kerja post-processing, ia juga menyusahkan keseluruhan FLOW PENGURUSAN bisnes jurugambar itu sendiri.

Memangla kita boleh bina team, tapi kalau saya jadi editor hari-hari dapat gambar sampah, rasa nak maki jugak. Betul tak?

SO apa alasan sekali pun, anda sebagai jurugambar perlulah menjaga exposure ini dengan baik. Jangan menyusahkan EDITOR anda.

#3 Sampah Sarap Dalam Background
Selain exposure yang merepek, selalu saya dapat gambar yang entah tempat pelupusan sampah mana dia gunakan. Memang la lens anda power, bokeh anda power tapi tidak bermakna anda boleh shoot sesuka hati.

Batang pokok “ terpacak “ di kepala pengantin la, lantai lokasi kotor la, pantai penuh sampah sarap la. Sebagai jurugambar anda perlu PEKA dengan sekeliling lokasi tersebut. Kalau perlu sapu, sapu dulu, kalau perlu mop, mop dulu.

Ini tidak, main belasah je shoot sampai pengantin peganti tisu pun tak perasan. Agak-agak la pun kalau malas!

Kata nak jadi jurugambar…

#4 Tak Ada Touching Langsung
Ni satu lagi silap ramai photographer ni, dalam fb kemain lagi selfie dengan client, senyum punya la manis, sekali sampai di lokasi JADI BATU.

Majlis perkahwinan ni adalah MAJLIS KERAIAN, semua orang nak happy, semua orang nak sembang-sembang bergurau each other. Sebagai jurugambar yang bagus anda perlu selami majlis tersebut dengan menjadi orang yang juga HAPPY & MESRA dengan semua orang.

SELALU saya perhatikan jurugambar ni keras je dengan client mereka, mengarah pengantin macam arah robot. Anda perlukan touch yang sangat baik dengan client anda, family dia, kerabat dia. Di situ je anda sudah DIVIRALKAN oleh mulut-mulut manis mereka tu.

SO jangan nak jadi batu sangatlah semasa shoot tu…
Hati-hati sikit bab ni, jangan dalam fb je nampak mesra, hakikatnya KAYU GILA.
SHARE post ini supaya ramai kawan-kawan kita pun tahu.