4 Tips PADU Untuk Semua Newbie!

Masa kita mula-mula nak belajar photography ni rasanya ramai yang akan sangat teruja. Sanggup tak makan pun tak pa. Tapi saya ada tips yang simple je, tapi sangat penting untuk anda terutama nak hasilkan gambar yang lebih baik.

#1 Berhenti Gila Membeli
Ni penyakit yang ramai buat, apa dia? Gila membeli segala gajet tanpa faham apa yang dibeli. Orang kata lens ni power, terus beli. Apa-apa bidang pun, yang jadikan benda tu power bila ada ilmunya. Bagi sayala, bila ilmu tu dah ada, basic equipment pun selalunya boleh dapat hasil yang padu.

Sebab dalam banyak-banyak situasi shoot, bila kita faham hakikatnya, mudah je kita nak daparkan hasil gambar tersebut.

#2 Terang Mata Terang Hati
First thing in mind sebenarnya kita sendiri perlu melatih mata kita tu memerhati sekeliling kita. Ramai photographer hanya melihat secara zahir sahaja. Sebab tu kita sukar untuk mencari moment, saat yang menarik.

Mata kita ni gunakan sebaik mungkin untuk memerhati suasana sekeliling, meramal apa yang bakal dilakukan oleh seseorang yang kita perhatikan. Melihat segala reflection, shadow & highlight cahaya yang ada sekeliling anda.
Perhatikan semua ini terlebih dahulu sebelum anda memikirkan settingnya.

#3 Manafaatkan Sebaik Mungkin
Kita ni selalu terlupa untuk menguasai apa je yang ada di tangan. Memang dalam keadaan bersemangat begini semua nak buat, semua nak test. Tetapi selalunya keadaan asasnya kita sudah pun ada segala asas peralatannya. Kita sebaiknya menguasai terlebih dahulu apa yang sudah ada ditangan berbanding sibukkan alatan yang lain.

Dalam banyak-banyak situasi, back to basic tu adalah sangat penting. Takut-takut kita beria keluar modal RM1000 untuk dapatkan sekeping gambar tu, padahal modal RM10 pun dapat hasilkan benda yang sama. Rugi sangat tu beb!

#4 Tenang Lagi Sempoi
Apa-apa pun kita ni bila tengah belajar ni jangan nak kelam kabut sangat. Tenang-tenang je belajar tu. Satu hari pandai 1 benda pun ok dah. Sebab dalam fotografi ni tak akan lari dari 2 benda. Nak kena belajar kamera & dalam masa yang sama kena tahu computer.

Ni kadang-kadang windows dah upgrade ke WINDOWS 10 pun tak sedar. Jangan la stress-stress, pelan-pelan. Banyak benda kita kena pelan-pelan belajar.