5 Godaan Untuk Jadi Wedding Photographer

Godaan ini bukan untuk jadikan anda sekadar jurugambar untuk hari ini, tetapi untuk jadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sepanjang saya belajar untuk jadi jurugambar sampaila sekarang, ada 5 godaan kehidupan yang saya sentiasa terpaksa ulangi. Ye atas faktor study, family, saya lebih cenderung untuk mengajar. Tapi secara peribadi, saya lebih minat di lapangan.

SO apa 5 godaan tersebut?

#1 Sabar Di Hujung Shutter
Ni memang masalah orang muda terutamanya, TAK SABAR. Baru kena jentik dengan gajet sikit sudah menangis di bucu katil. Main viola lagu syahdu-syahdu. Mana ada bayi keluar dari perut, kamera tergantung di leher. Semua orang melalui liku-liku, kesukaran dalam mencapai apa yang kita nak.

SO jangan hilang rasa sabar tersebut, jika hilang, semak balik niat anda beli & belajar kamera tersebut. IKHLAS ke belajar guna, ke saja je nak menggatal ambik gambar perempuan?

#2 Percaya Gila Vavi
Haaaaaaaa ni paling saya sakit hati, percaya bulat-bulat TANPA ADA SEBAB. Saya tidak bermaksud cara orang lain salah, tetapi biarlah kita kaji dulu apa yang orang lain beritahu.

YA! Mengkaji memang sesuatu yang mengambil masa yang lama. BUKTINYA saya sampai sekarang ada hadiri kelas foto, kajian PhD saya sudah masuk tahun ke-6, memang lama.

Sebabnya saya mencari KEBENARAN dari setiap pandangan.

Ni tidak, depan pelamin bergaduh dengan cameraman pelamin pasal aperture. Mu nak bokeh lantak la, pelamin sewa mahal-mahal dalam gambar cuma kabur je pernah anda fikir? Tukang pasang pelamin sakit hati tau tak tengok.

#3 Menung Tengok Kiri-Kanan
Fotografi ni semuanya adalah IDEA. Idea pula terlalu berangkai-rangkai. Memanglah kritikan tu hak bebas, sesiapa je boleh kritik, tetapi tugas kita adalah mendengar mana yang baik & menilai harga diri dengan KEMAJUAN.

Toleh sikit kiri & kanan kita lihat orang lain bagaimana, kita kaji semula dan buat ia sebagai rumusan panduan.

Sebab itu saya kurang berminat mengkritik sebaliknya lebih memotivasikan & berinspirasi dari kerja orang lain dengan mengenalpasti KEBAIKAN dalam gambar tersebut.

#4 Maruah Diri Tercela
Sebagai jurugambar yang sentiasa berdaya saing kita mestilah MENGHARGAI hasil kerja kita. Samalah seperti harta benda.

Anda boleh bising harga kamera mahal, kos hidup yang semakin meningkat, tiba-tiba anda JATUHKAN NILAI SERVICE anda dengan menawarkan harga pakej tidak munasabah.

Dengan kata lain, jangan sesekali “sombong” dengan diri, dan SENTIASA berusaha “memertabatkan” maruah diri anda dengan ILMU.

ILMU itulah yang akan menjadikan “harga diri anda TINGGI”.

Ini teguran orang kita perlekehkan, mengkritik orang lain pula bagai kita ni tuhan, bila berguru sombong dengan tunjukan ilmu di dada. Sebab tu maruah DIRI tergadai dengan tindakan sia-sia.

#5 Terimalah Taubat Ku
Sudah lalui semua 4 godaan tadi barula rasa insaf yang selama ni banyak buat salah dalam fotografi. Ilmu fotografi ini indah, semuanya bermanafaat TETAPI jika anda melalui godaan ke-5 ini berulang-ulang tanpa melepasi terus akan menghanyutkan kita & ditambahkan lagi dengan diTAHYOLKAN oleh banyak perkara

Anda semua perlu sentiasa mengingati 5 GODAAN ini, laluinya dan BERTAUBATLA selalu tanpa mengira lokasi dan masa.