5 Isu Mindset Yang Sabotaj Fotografi Anda!

5 Isu Mindset Yang Sabotaj Fotografi Anda!
5 isu ini yang membezakan antara jurugambar yang biasa dan jurugambar yang berjaya.

#1 Mindset Suka Tunggu & Lihat,
Ini adalah mindset yang RAMAI jurugambar ada. Anda tahu anda berhadapan dengan cabaran bisnes, cabaran ekonomi cabaran dengan client anda. Tapi anda tidak mahu lakukan sesuatu untuk hadapai masalah tersebut.

Paling tidak pun anda perlu cari mentor atau orang yang boleh berikan tunjuk ajar dalam fotografi & bisnes ini.

Orang lain sibuk belajar pengurusan bisnes, belajar baiki shoot, belajar melakukan marketing yang betul. Anda masih menunggu nasib anda berubah macam magic.

#2 Mindset Tidak Suka Perubahan,
Ini sebenarnya adalah SEBAB UTAMA ada yang tidak berjaya dalam fotografi sebenarnya sikap anda yang TIDAK SUKA kepada PERUBAHAN.

TAKUT untuk melalukan perubahan dalam bisnes sedia anda & bergerak lebih maju.

Yela photographer yang berjaya ni, income lebat ni semuanya BUAT KERJA TIDAK SAMA seperti biasa. Kerja marketing & ilmu fotografi mereka ini sangat berbeza dan LEBIH BANYAK KERJA yang telah dilakukan.

Anda mengeluh client liyat bayar service anda, tapi anda tetap buat cara saya, TIDAK LAKUKAN PERUBAHAN dalam bisnes anda untuk atasi masalah tersebut.

Padahal jurugambar di Malaysia ni ada yang shoot nikah sahaja 4K beb.

Sebenarnya anda yang penakut untuk berubah keluar dari takuk yang sama. Mereka yang berjaya ni sentiasa mencabar diri untuk jadi lebih baik & SENTIASA BELAJAR.

Dengan adanya ilmu mereka itu terus BERTINDAK.

Anda sudah tahu persaingan semakin hebat, tapi anda TUNGGU lagi dengan strategi yang sama & berharap nasib bisnes anda semakin baik.

Seseorang tu sudah berjaya bukan datang macam itu sahaja, PASTI BANYAK PERUBAHAN yang sudah diambil untuk capai apa yang anda lihat pada mereka.

#3 Mindset Benci Duit,
Kita ni suka sangat fikir duit tu buat orang berubah, kaya je orang fikir sombong.

Yang menjadikan duit itu tidak baik adalah INDIVIDU itu sendiri.

Duit itu tidak salah beb. Berapa ramai orang yang KAYA yang membelanjakan duit tersebut untuk kebaikan.

Anda WAJIB ada mindset untuk jadi kaya untuk LAKUKAN KEBAIKAN ATAS DUNIA INI. Barula anda boleh lakukan perubahan dalam hidup anda.

Ini belum jadi apa-apa sudah fikir duit tu membinasakan. Tahu tak perbuatan anda, pemikiran anda, percakapan anda, semua itu adalah DOA. Jadi ubah mindset tersebut.

#4 Mindset Tidak Percaya,
Ramai jurugambar yang tidak percaya bisnes ini boleh berjaya.
Samala macam kita berdoa kepada ALLAH. Kita perlu PERCAYA 100% yang DIA akan makbulkan juga doa kita satu hari nanti. Kalau anda tidak percaya, anda pasti sudah berhenti berdoa.

Macam tu juga dalam bisnes, anda perlu PERCAYA 100% boleh berjaya dalam bisnes ini, barula anda tidak berhenti berusaha.

#5 Mindset Tidak Kesah
Satu lagi mindset yang perlu anda buang jauh-jauh ialah sikap Tidak Ambil Kesah. Saya SANGAT AMBIL kesah dengan anda semua, saya tidak mula pun buat sharing ini jika saya tidak fikir masa depan anda.

Saya berusaha untuk bisnes saya sebab saya kesahkan kehidupan anak isteri saya pada masa hadapan. Sebab itulah saya berusaha baiki ILMU saya, baiki bisnes saya sebab saya kesahkan mereka semua.

Saya juga ada IBU & AYAH yang perlu dibalas jasa mereka sebab sampai sekarang PERCAYA saya boleh berjaya.

Semua itu saya AMBIL KESAH dan bertindak merusaha untuk terus maju dalam bisnes ini.

5 mindset yang saya terangkan tadi sebenarnya mensabotaj masa depan anda & bisnes anda yang lebih baik & berjaya.

BERTINDAK hari ini juga, ubah kepada MINDSET POSITIVE & SUPPORTIVE.

Faham ke faham?

Apa tunggu lagi, dapatkan panduan Rahsia Job Wedding sekarang. Tindakan anda hari ini akan mengubah masa depan anda, KLIK SINI SEKARANG.

SHARE post ini kepada kawan-kawan anda.