5 Langkah Untuk Hasilkan Gambar Yang Awesome!

Saya perhatikan masih ramai yang belum memahami apa yang sepatutnya dilakukan oleh jurugambar perkahwinan semasa shoot client anda.

Jika kita kaji betul-betul, apa yang client kita mahukan sebenarnya adalah gambar yang menggambarkan apa je yang CANTIK PADA DIRI MEREKA.

Persoalannya bagaimana untuk kita hasilkan gambar yang diperlukan ini? Jadi 5 langkah ini boleh membantu anda.

#1 Kurang Gerak
Kesilapan kebanyakan kita ini lebih suka mengarah berbanding bergerak. Saya selalu perhatikan yang jurugambar ni suka sangat mengarah clientnya bergerak atau berjalan ke sana ke sini untuk dapatkan gambar yang cantik. Sedangkan di lokasi semasa pun anda belum habis manafaatkan.
Sekiranya anda terlalu mengarahkan pengantin bergerak ke sana, ke sini ia sebenarnya akan menyebabkan client anda letih & stress. Kesan paling teruk ialah makeup mula mencair & senyuman sudah “dibuat-buat”.

#2 Tawaf
Bagi memanafaatkan lokasi sedia ada, sepatutnya anda yang perlu tawaf client anda tu habis-habisan untuk dapatkan pelbagai KOMPOSISI yang terbaik & mungkin ada idea yang lebih baik berbanding apa yang anda rancang.
Selain kita memberi keselesaan kepada client anda, dengan cara ini kita akan dapat hasilkan gambar yang jauh berkualiti untuk dibentangkan kepada mereka.

#3 Peka
Langkah seterusnya anda sebagai jurugambar perlulah peka dengan keadaan client. Ada client yang mempunyai bentuk fisikal yang macam pasu ramping, ada yang bentuk balang dan sebagainya. Maka pemilihan angle yang betul penting supaya anda dapat tonjolkan gambar terbaik tadi dan dalam masa yang sama menutup kekurangan mereka.
Ini part yang paling sensitive la paling jelas dalam gambar tu. Sebab tu gambar tersebut jadi biasa-biasa.

#4 Tunjuk Jangan Arah
Masalah utama kebiasaan client kita adalah pose. Jika anda dapat client yang memang pandai, atau memang model, tu bonus. Masalahnya bukan semua orang begitu. Maka yang paling baik anda sendiri boleh tunjukkan bagaimana cara pose yang betul sesuai dengan posisi mereka & sesuai dengan gambar yang anda mahu hasilkan.
Jangan salahkan client anda keras! Anda yang salah sebab anda hanya tahu mengarah tetapi lemah menunjuk.

#5 Pilih Bukan Terpilih
Pose dah cantik, senyum sudah best tapi kalau setting kamera pun kantoi lagi pun masalah juga. Anda perlu kuasi teknik kawalan dengan baik & berkesan untuk mengurangkan kesilapan dalam gambar tersebut.
Dengan kata lain, anda perlukan kepantasan & ketepatan dalam menghasilkan gambar. Jadi anda sendiri wajib katam kamera anda sendiri. Bukan sibukkan kamera orang yang lebih. Ini baru beli kamera, baru keluar modal lens, pakai pun baru beberapa kali dah teracun dengan gajet orang lain.
Duit dah habis, macam mana pulak nak cari modal untuk tambah ilmu. Betul tak?

5 langkah ini penting untuk anda hasilkan artwork yang baik. Bukan salahkan kamera, salahkan lens anda yang beginner tu.

Faham ke faham?

PS: Share post ini untuk manafaat bersama ok!