Ada Apa Dalam Gambar? Cer Berfikir Kejap!

Mulai minggu ini Alhamdulillah saya agak busy dengan KELAS INTENSIF. Antara perkara yang saya nak kongsikan dengan anda adalah RAHSIA sebalik sekeping gambar itu.

Ramai antara kita yang belajar foto ni sekadar ikut-ikutan je.

Kesan yang saya perhatikan berlaku kepada rakan-rakan foto ialah kebanyakan hanya HAFAL step shoot tetapi TIDAK MEMAHAMINYA. Disebabkan itu ramai yang shoot hari ini ok, bila tukar situasi sikit atau bertukar suasana & peralatan terus tak tahu bagaimana untuk shoot.

Sebelum tu saya mintak anda SHARE post ini supaya bermanafaat kepada lebih ramai ramai orang juga.

Sebab itulah saya perkenalkan kelas intensif ini untuk bantu anda memahmi konsep sebenar penghasilan gambar. Khususnya gambar perkahwinan.

Penghasilan gambar ini memerlukan gabungan [1] EXPOSURE yang berbeza dari sumber pencahayaan yang digabungkan dalam sekeping gambar.

Selain daripada exposure tu, kita juga terikat dengan [2] KOMPOSISI. Komposisi ini akan mempengaruhi kedudukan subject dan dalam masa yang sama menentukan latar belakang.

Masalahnya kita hari ini hanya jaga kedudukan subject sampai terlupa latar belakang juga adalah element dalam komposisi.

Tidak cukup dengan itu, kita juga perlukan [3] EMOSI untuk menyampaikan sesuatu. Kalau kita tidak kawal mode pada gambar tersebut juga akan mempengaruhi daya tarikan gambar tersebut.

EMOSI ini sangat-sangat dipengaruhi oleh [4] DRAMATIC pada pencahayaan & [5] POSE subject tersebut.

Penghasilan sekeping gambar tu bukan boleh macam tu je. Tidak sekadar tekan-tekan je.

Faham ke faham?

Saya harap anda dapat gambaran yang lebih baik bagaimana untuk hasilkan gambar yang lebih baik. Contohnya gambar ini saya gunakan off body flash, soft box & lighting untuk hasilkan kesan pencahayaan asas ini.