Anda Rasa JOB Wedding Semakin Sempit?

Sejak kebelakangan ini, semua barang makin mahal, perasan tak? Harga kamera 2nd pun sekarang semakin mahal. Apatah lagi kamera baru.

Zaman gila gajet bukan lagi zaman ini sebenarya, zaman sekarang ini adalah zaman survival. Kalau kita lihat dulu, bilangan jurugambar perkahwinan ini boleh dikira, tidak seperti sekarang. Semua orang dapat kamera, terus sombong.

Sombong dengan saya, saya ok lagi, ini sombong dengan ilmu.

Ramai orang cakap, ilmu itu untuk disampaikan, tapi anda jangan lupa jugak, rezeki itu pun untuk dikongsikan. Dah dapat ilmu tu, jangan la lupa pada orang yang sampaikan ilmu. Hargaila masa yang mereka telah KORBANKAN yang sepatutnya masa tersebut untuk mecari rezeki untuk anak isteri, tetapi dikorbankan untuk anda.

Ini tidak, ilmu free nak, kongsi rezeki tidak mahu.

Satu perkara yang saya pegang ialah pelaburan untuk ilmu itu juga adalah satu usaha untuk berjaya. Dah jumpa yang murah, sombong untuk beli. Bila jumpa yang mahal, merungut kata kedekut sangat dalam memberi.

Kadang-kadang, kesempitan yang kita alami sekarang adakalanya berpunca dari sikap kita sendiri. Sebab kita kurang memberi, sebaliknya hanya pentingkan diri sendiri. Maka sebab itulah rezeki itu disempitkan oleh-NYA.

SHARE & Komen “Murahkan Rezeki Kami” post ini jika tazkirah ini bermanafaat kepada anda.

Comments