Apa Nak Buat Untuk Jadi Jurugambar Perkahwinan Yang Baik!

Alhamdulillah hari ni ada masa sikit untuk share pengalaman lepas dengan rakan-rakan foto. Topik ni sangat penting, jadi saya galakan anda SHARE post ini untuk hebahan & manafaat bersama-sama.

 

Dari pengalaman lepas & pemerhatian, saya dapat lihat trend untuk jadi jurugambar yang baik sebenarkan bukan sahaja cukup dengan alatan atau ada semua kelengkapan. Apa yang lebih penting adalah memahami dahulu area jurugambar perkahwinan tersebut.

 

Jadi anda perlu lakukan perkara berikut untuk dapatkan feel sebenar sebagai jurugambar perkahwinan.

 

#1 Fahami Sistem X
Ramai hari ni yang tidak belajar fotografi digital tanpa memahami based line dalam fotografi digital itu sendiri. Sistem X yang saya maksudkan adalah the hold concept yang anda faham tentang kamera digital itu sendiri. Pengabaian system ini akan menyebabkan banyak tindakan yang bakal anda pilih semasa setting kamera & shoot menjadi salah atau lebih banyak error yang anda lakukan.

 

#2 Floor 88
Selain dari pandai shoot, anda pun perlu kenalpasti level-level pengurusan bisnes ini supaya ia dapat menyenangkan otak anda menguruskan client & album dengan baik. Masa 1,2 job sekarang ni memang la mudah, ones bila job sudah banyak, mula la masalah duit la, masalah album delay la, masalah design & sebagainya.

 

#3 Pantang Tok Nenek
Satu lagi benda yang jadikan anda jurugambar yang baik adalah sentiasa peka dengan pantang larang dalam marketing. Ramai orang saya lihat gambar cantik, tapi attitude ke laut. Nak orang menghormati anda tetapi anda tidak ada sifat professional yang di paparkan.

 

Kita kalau ke pejabat pakai smart-smart orang takut tengok, kalau pakai selekeh-selekeh orang buat tak nampak je kita. Macam tulah jurugambar perkahwinan. BE PROFESIONAL, jangan nak buat lawak bodoh tak tentu pasal je setiap hari.

 

Hasil kerja bagus, pengurusan bagus, penampilan terbaik, barula seronok jadi jurugambar perkahwinan. Baru la rasa kenikmatan bidang kerjaya yang anda pilih ni.

 

Faham ke faham?

 

Hari ini saya ada open pendaftaran tarikh tambahan untuk KELAS INTENSIF JURUGAMBAR PERKAHWINAN & KAMERA DIGITAL
PENDAFTARAN boleh dibuat di SINI

 

PS: Saya lepas ni tak dapat nak buat lagi kelas ni atas faktor masa yang busy dengan project semasa.