AWAS!! 6 Error Semasa Job Wedding

Pengalaman saya yang lepas-lepas sangat membantu saya sekarang. Begitu juga kandungan coaching saya yang sentiasa diperbaiki dan ditambah nilai.

Jadi hari ini saya mahu berkongsi pengalaman dengan anda tentang “6 Error” yang sering dialami oleh jurugambar perkahwinan semasa hari kejadian dan solution cadangan untuk atasi error tersebut.

1. Aperture Error
Ini adalah masalah yang kurang terjadi tetapi boleh terjadi iaitu Aperture Error. Dalam pengalaman peribadi yang lepas, masalah ini sering menyerang mereka yang menggunakan lens third party atau lens yang bukan original dari pengilang kamera anda.

Namun ia tidak bermakna lens original anda tidak mengalami masalah yang sama.

Jadi di sini saya ada 2 solution, 1) pastikan anda semak kembali lens yang anda gunakan sama ada ia ada aperture manual control ataupun tidak. Jika anda kemungkinan kedudukan aperture ring tersebut terkaleh. 2) Anda mampu pakai lens yang mahal dan canggih bagaimana sekalipun, pastikan anda tetap ada simpan lens basic seperti lens kit sebagai backup kepada masalah ini.

2. Shutter Error
Haaaa ini satu error yang biasa berlaku seba owner tak ambik tahu. Ada 2 kemungkinan error ini jadi (1) sebab pertama ialah masalah mirror shutter yang dah jem atau sangkut dan (2) sebab kedua masalah shutter yang dah sampai hanyanya.

TAHUKAH anda yang shutter kamera ini bukan boleh digunakan sampai KIAMAT. Setiap pengeluar kamera aka nada LIMITS pada shutter masing-masing. Contohnya kamera Nikon D7000 ia ada limit sehingga 150K sahaja.

Dengan kata lain, selepas anda KLIK shutter anda sebanyak 150K, shutter tersebut tidak akan dapat digunakan lagi. MAKA tiada solution lain selain anda hantar service center untuk penukaran shutter yang baru. Atau upgrade kamera baru la.

3. Memory Error
Ni masalah yang buat kita “BIRU” masa hari kejadian. Saya sendiri pun sudah beberapa kali jadi sebelum ini. Mana tidaknya, masa test di rumah ok, sampai di lokasi, “memory error”.

Masalah ini ada banyak kemungkinan, tetapi punca utama berlakunya masalah ini ialah memory yang digunakan kurang berkualiti. Sebagai photographer yang baik, memory yang berCLASS baik adalah penting, mostly CLASS 10 diaman ia merupakan class memory yang mempunyai SPEED READY & WRITE yang tinggi.

Penggunaan memory yang berkelajuan tinggi akan menjadikan speed memory dapat sync dengan speed kamera dalam memprocess gambar tersebut.

Selain itu, memory yang FULL juga akan menyebabkan masalah ini berlaku.

Sebagai TIPS penjagaan memory, saya sentiasa menggalakkan anda untuk FORMAT memory tersebut sebelum digunakan semula untuk task yang baru. DENGAN kata lain apabila anda betul-betul telah backup task hari ini, sebelum mulakan task esok, pastikan memory tersebut siap format terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara ini akan memanjangkan usia memory tersebut disamping mengurangkan risiko berlakunya masalah tersebut. Satu cara lagi, adalah sentiasa stanby banyak memory semasa kejadian.

4. Speedlight Bulb Error
Masalah ini biasanya terjadi apabila kita terlalu banyak menggunakan flash secara cepat. Tak sempat bulb speedlight tu sejuk, anda sudah shoot lagi, terutama ketika anda menggunakan power yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, HABA adalah musuh utama speedlight anda. Maka pastikan anda tidak menggunakan continues shoot tanpa sebarang keperluan. HABA yang berlebihan akan menyebabkan buld terbakar.

Selain daripada itu, ada kalanya ia bukan berpunca daripada buld tersebut tetapi ia datang dari masalah speedlight pin (yang menghubungkan flash & hotshoe kamera) yang berada dalam keadaan kotor. Ia secara tidak langsung menyebabkan trigger tidak berfungsi. MAKA speedlight tidak bernyala.

MAKA solution yang terbaik, adalah anda perlu sentiasa menyediakan BACKUP speedlight untuk mengelakkan anda membuang masa menguji speedlight anda. Sebaliknya cara yang tampak lebih kemas adalah anda terus capai speedlight baru dan pasang. Pengantin pun confident tengok bila jurugambarnya cekap bekerja.

Jika yang sebelum ni error pada alatan. Error pada manusia pun ada jugak sebenarnya. Antara yang biasa terjadi termasuklah

5. Error Lokasi
Ni saya pun pernah terkena. Salah tuju lokasi shoot kadang-kadang boleh terjadi apabila job sudah mula berderet-deret. Sebab itu saya suka record semua job saya dalam calendar google untuk mengelakkan tersilap.

Calendar google saya gunakan sebab ia automatic backup dalam emel saya, jadi di situ pun sudah memudahkan kerja kita.

6. Error Masa
Masa yang paling kritikal adalah event yang melibatkan waktu pagi. Saya paling jem kalau event mula awal pagi. Tambah pulak lokasi majlis diluar kawasan.

Kes macam ni saya biasanya akan bawak JAM LOCENG TAMBAHAN dari rumah, ada kalanya sampai 2 saya bawa. Pernah satu kenalan saya yang terlepas majlis nikah. MATI!

Boleh bayang mana rupa pengantin bila jadi macam tu!!

Selain daripada itu adakalanya error masa ini berpunca juga oleh traffic jam atau kenderaan rosak. So sebagai nasihat, pastikan anda sampai 1 jam sebelum majlis bermula.

Ni satu hal jugak ni! Masa majlis bermula ini pun perlu hati-hati. Cakap pengantin ni adakalanya tidak betul. So bila sebut majlis mula jam berapa, pastikan anda tanya mereka MAKEUP jam berapa. Jadi jadikan waktu tersebut sebagai waktu rujukan.

Kalau tidak, memang senang anda terlepas event penting!

Itulah antara error yang saya sempat ingat untuk kongsikan kepada anda. Jika post ini bermanafaat kepada anda. Sila SHARE & komen “Err” pada ruangan komen di bawah.

Comments