BASIC WARNA Dalam Shoot Gambar Perkahwinan

Topik ini amat jarang dibahaskan oleh jurugambar biasanya, sebab kebanyakan mereka hanya mengikuti apa orang pakai daripada memahami apa yang ada dalam system tersebut.

Begitu juga dalam kalangan jurugambar perkahwinan di MALAYSIA.

Paling sayang sekali, kamera beli mahal-mahal, tetapi ramai yang tidak tahu APPLICATION tentang kamera tersebut untuk dimanafaatkan dalam shoot wedding.

Baik topik kali ini saya mahu berkongsi dengan anda tentang WARNA. Dalam fotografi perkahwinan sebenarnya memahami warna adalah sangat penting kerana kita akan berada dalam pelbagai situasi yang berbeza pada setiap majlis.

Mungkin anda pernah dengar White Balance, sebenarnya setting White Balance atau WB ini merupakan KUNCI utama kepada WARNA yang dihasilkan kamera anda. WB adalah fungsi yang ada dalam kamera digital yang berfungsi menentukan NISBAH KOMBINASI WARNA (RGB) yang akan menghasilkan WARNA PUTIH.

Ada terdapat pelbagai mode WB yang ada dalam kamera kita hari ini, NAMUN secara peribadi saya menggunakan KELVIN atau DIRECT SUNLIGHT.

Mengapa saya sarankan 2 mode ini adalah disebabkan kedua-dua ini memberikan hasil kerja shoot yang lebih “natural” berbanding mode lain kerana ia akan mengira WARNA tersebut sebagai warna pada nilai KELVIN yang specific iaitu kita boleh gunakan 5000K jika menggunakan mode KELVIN atau 5500 jika anda gunakan DIRECT SUNLIGHT.

Note: 5000K adalah warna PUTIH matahari pada hari panas.

Kepentingan menggunakan mode sebegini adalah untuk dapatkan result yang consistent dimana tone warna yang sama dihasilkan untuk setiap shoot.

TETAPI untuk dapatkan HASIL yang superb, anda perlu memahirkan diri dengan pengguaan WB GRID atau WB SHIFT terutamanya jika anda menggunakan TEKNIK FLASH. Pantulan cahaya flash dari dinding atau siling rumah yang berwarna akan menyebabkan kesan WARNA PANTULAN juga berada dalam gambar tersebut.

Dengan melakukan adjustment pada WB GRID itu tadi, masalah tersebut akan diatasi.

TIPS untuk memilih value yang tepat (1) anda BALANCE kan antara AMBER & BLUE terlebih dahulu kemudian (2) barulah anda adjust antara MAGENTA & GREEN

Pemilihan WARNA yang tepat akan memberikan result yang baik mengikut lokasi anda. Anda perlu faham defult setting yang ada dalam kamera kita adalah berdasarkan manufacturing yang direka berpadanan dengan tempat mereka (kemungkinan). TUGAS anda sebagai fotographer adalah MANAFAATKAN teknologi yang anda dah beli tu.

SHARE post ini jika ia bermanafaat.

Comments