Cara Kira Harga Pakej Service Foto Wedding

Soalan ini selalu sangat saya terima dari rakan foto baru dan lama.

Sebelum saya menjawap soalan tersebut, SAYA INGIN TEGASKAN apa yang saya kongsikan adalah CARA YANG SEPATUTNYA. Dan post ini BUKAN UNTUK BERDEBAT pasal rezeki dan seangkatan dengannya!!!!

ISU harga murah, harga tidak berbaloi semuanya disebabkan CETEKNYA ilmu bisnes dalam kalangan jurugambar perkahwinan. Mana tidaknya, cara kira harga pakej pun sudah “mintak kaki”.

SEBENARNYA sebelum anda meletakkan berapa yang anda mahu caj, anda sendiri perlu MENJAWAP 4 PERSOALAN berikut:

1. BERAPAKAH kos hidup anda setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun?
2. BERAPAKAH kemampuan individu dalam membuat PEMBELIAN?
3. BERAPAKAH harga pasaran NORMAL bagi tempat anda?
4. BERAPAKAH job yang mampu anda buat (seorang shooter) untuk 1 bulan dan 1 tahun?

ANALOGINYA adalah begini,
1. Katakan KOS HIDUP anda untuk setahun adalah RM 40, 000, maka takkan la job anda cuma RM 500.
2. Katakan GAJI SEBULAN minima penduduk tempat anda RM 3000, tetapi anda hanya caj RM 500.
3. Orang lain caj untuk setiap job di tempat anda dengan bayaran minima RM 1000, tiba-tiba anda open pakej RM500. Rugi gila.
4. Mana lagi best? Job ambik 50 dapat RM 40, 000 setahun atau job 50 dapat RM 10, 000 setahun? Saya nak tanya anda, kos hidup anda setahun kurang ke dari RM 10, 000?

Setiap orang ada LIMITATION dari segi bilangan JOB yang dia boleh cover. Mana mungkin 2 job di 2 lokasi berbeza dan jurugambarnya anda seorang.

Sebelum anda KIRA berapa untuk anda caj, jawap dahulu 4 persoalan tadi.

Contoh KIRAAN
Katakan data yang diperolehi adalah seperti berikut
KOS HIDUP 1 TAHUN: RM 30, 000
GAJI PENDUDUK: RM 1000
HARGA TEMPATAN: RM 1400 (normal price otai-otai tempat anda)
BILANGAN JOB 1 TAHUN: 35

Daripada data ini,
SALES yang anda perlukan untuk setiap JOB adalah
RM30, 000 / 35 = RM 857.14 atau RM 860 (genab)

Dengan kata lain, KEUNTUNGAN minima yang anda perlukan untuk setiap JOB adalah RM 860 dan anda WAJIB ada 35 JOB untuk cover kos hidup setahun anda.

Jadi berapa anda PERLU CAJ,
Sekurang-kurangnya keuntungan setiap 1 job mesti ada RM 860 dan range harga yang boleh anda tetapkan antara RM 1000 (kemampuan gaji penduduk) – RM 1400 PLUS (bergantung kepada apa yang anda tawarkan)

Baik ada juga yang DETAILKAN lagi caj ini dalam bentuk JAM, so anda kirala untuk 1 JAM berapa pula.

Dengan berpandukan contoh ini,
NORMAL KERJA JAM untu siapkan shoot adalah 8 JAM (termasuk edit & sebagainya)

MAKA,
30, 000 / (35 X 8) = RM 107.14 atau RM 108 (genab)
Keuntungan minima untuk setiap 1 JAM adalah RM 108.

PENDEKATAN mana satu yang anda pilih, bergantung kepada MARKETING anda. Tetapi apa yang anda perlu focus adalah untuk mencapai TARGET sama ada (1) capai 35 JOB setahun atau (2) capai JAM KERJA minima 280 JAM dalam setahun untuk pastikan sales dan keuntungan untuk tempoh setahun itu berpadanan dengan KEPERLUAN ANDA.

Sebagai TIPS, jika anda mahu berniaga, pastikan anda betul-betul berniaga dan HASILKAN SALES seperti mereka yang FULL TIME dan berusaha untuk mencapai TARGET SALES yang anda mahukan.

JANGAN jadikan alasan “part time” tersebut untuk anda mengelak dari menggunakan cara kiraan yang betul & MENGZALIMI orang lain.

SHARE post ini kepada rakan-rakan anda demi kemajuan bisnes fotografi perkahwinan di MALAYSIA. 

Comments