CARA TERBAIK PROMOSI PAKEJ WEDDING!

Pejam celik, kita ni dah nak puasa dah kan. Sat je masa berjalan. Jadi kesempatan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa la ye kepada yang beragama Islam.

Baik hari ni saya nak berkongsi dengan anda apakah cara terbaik untuk anda melakukan pemasaran service jurugambar perkahwinan anda.

Secara rules, kita akan lebih cenderung untuk menggunakan media social untuk membuat promosi. Jadi sebelum anda mulakan sebarang promosi, pastikan anda follow step berikut ini dahulu. Jangan lupa SHARE post ni kat kawan-kawan ye.

STEP #1 Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sebenarnya cara yang terbaik untuk anda mulakan promosi adalah kita memilih media atau channel yang mana paling familiar dengan anda. Kalau anda lebih banyak mengadap Instagram, lebih baik anda gunakan media ini sebagai permulaan.

Semua media social adalah system termudah yang ada, tetapi yang mana anda familiar akan membantu anda SPEED UP kerja promosi anda. SO pastikan anda focus satu media sahaja sebagai permulaan.

STEP #2 Do & Don’t
Kita ni kalau nak buat promosi, nak ada banyak job dan cepat dapat job kita sepatutnya FOKUS kepada satu skop promosi sahaja. Janganlah suka sangat rojak macam-macam dalam media pemasaran anda.

Jika anda rojak semuanya, ia akan membawa kepada 2 perfective negative kepada para bakal client anda. Yang pertama mereka mudah untuk beranggapan anda seorang yang tidak focus dengan kerja anda, jadi mereka akan rasa bimbang dengan service anda.

Yang ke-2 ialah ia juga akan menyebabkan bakal client anda hilang focus dengan service anda.

Sehari anda hilang focus kepada promo anda, ia akan memberi peluang kepada pesaing anda menarik perhatian bakal client anda. Mulalah mereka “berpaling tadah”. Sebab itulah kita perlu focus dalam menjalankan kempen pemasaran anda.

Satu lagi adalah suka update status yang berbaur controversy. Kerana ia juga akan membawa kepada 2 perfective yang kurang baik iaitu anda bukan professional & yang paling tidak mahu anda membawa perasaan bimbang dalam kalangan client anda tentang credibility anda sendiri.

Jangan jadikan media social anda medan bahas politik & mengaibkan client anda seperti masalah pembayaran & sebagainya.

STEP #3 Jelas Lagi Terang
Dan yang terakhir anda seharusnya memperkenalkan diri anda dalam media pemasaran anda. Orang kalau tak kenal, macam mana mereka nak bagi duit dengan anda. Anda pun buat perkara yang sama, mana ada korang beli lens dengan orang yang kita baru je terjumpa.

Macam tulah juga client anda, pastikan media anda ada makluman anda, muka anda & yang paling penting jelas & mudah untuk dilihat & dijumpai.

STEP #4 Garis Lurus
Dan yang terakhir, anda perlukah melakukan pemasaran ini secara berterusan & bukannya bermusim. Sebab tujuan utama pengiklanan bukan untuk hasilkan sales, sebaliknya untuk buat orang TAHU tentang service anda.

SO pastikan anda FOKUS, jalan terus TANPA HENTI dan TONJOLKAN muka anda.

4 LANGKAH ini akan menjadikan pemasaran service anda menjadi lebih baik & berkesan. Anda kena faham, tak wujud media social yang PERFECT, tetapi usaha anda yang akan tentukan kebekersanaan media tersebut.

Faham ke faham?