First Step to be Professional Photographer!

Saya tahu ramai sahabat saya di luar sana yang sudah jauh ke hadapan, gajet tahap dewa, income tahap jutawan TAPI semua itu tidak bermakna yang kita ni boleh lakukan sesuka hati atas dunia ni.

Baru-baru ni ada la seorang model datang kepada saya. Kesempatan pertemuan yang singkat itu, beliau meluahkan rasa kurang senang segelintir photographer yang sewenang-wenang mengambil “kesempatan” kepada kalangan model ni.

Sebagai jurugambar yang professional anda seharusnya sentiasa melakukan tugas sama seperti seorang pegawai BANK dalam kaunter bank tu. Ada ke pekerja bank masa kita masuk ke kaunter dia usap-usap tangan kita, ajak couple tak pasal-pasal.

Mereka sedang bekerja. Jadi mereka senang lakukan tugas mereka. Anda handsome tahap Zul Arifin sekali pun mereka tetap lakukan tugasan seperti biasa.

Begitulah juga anda sebagai jurugambar, tak kesah la anda shoot apa jenis photography sekalipun, walaupun nxxx photography sebagai jurugambar yang professional anda TIADA KEPERLUAN untuk mengambil kesempatan terhadap model tersebut.

Kalau nak bercinta sila lakukannya dengan orang yang ANDA SERIUS INGIN MENGAHWININYA. Sekarang kita sedang berkerja.

Jangan rosakkan nama seluruh jurugambar Malaysia disebabkan tangan yang tak berbedung tu.

Sepatutnya hal peribadi jangan dicampur adukkan dengan hal pekerjaan ini. Dan seperkara lagi, tolonglah jaga penampilan kita tu dulu. Nampak lekeh tak ingat bila KAMERA harga ribu-ribu gantung di leher, tapi KASUT tak mampu nak beli.

Kalau anda mahu dihormati, JAGA PENAMPILAN DIRI tu dulu. Kita ambil contoh baik dari luar negara, walaupun hanya pemandu teksi, mereka akan berpakaian yang kemas & bersih. Ala contoh mudah je, kalau anda ke pejabat kerajaan, bila anda pakai smart macam pegawai confirm penjaga counter tu gelabah nak layan anda.

Tapi bila kita pakai selipa jepun dengan seluar koyak, agak-agak pengawai dalam tu nak ke layan? Silap-silap tak perasan pun anda di kaunter tu.

SO be professional! Jangan malukan keturunan kita!

Faham ke faham?

SHARE post ini kepada rakan-rakan anda ye.