Keperluan Asas Untuk Shoot Wedding

APA YANG DIPERLUKAN UNTUK SHOOT WEDDING ??
………….
Soalan ini memang banyak saya terima dari ramai orang.

Jadi sambil-sambil kemas tu barang kamera, saya rasa perlu terus rasa perlu share perkara ni. Banyak jugak barang sebenarnya tapi, bukan lah terlalu terbeban untuk ada semua serentak. Jadi saya kongsikan senarai alatan yang WAJIB anda ada sebelum shoot job wedding pertama anda.

Saya boleh pecahkan kepada anda beberapa GROUP keperluan ini mengikut kesesuain tahap perncapaian anda.

 

SUPER BASIC
……………..
Alatan ini memangla senarai super basic, tapi tidak bermakna anda perlu rendahkan credibility/ menjatuhkan maruah anda sebagai jurugambar. TAHAP kejayaan anda bukan ditentukan oleh alatan tersebut. Ia tetap ditentukan oleh USAHA anda.

Jadi jangan rasa alatan anda super basic anda rasa tidak layak untuk jadi jurugambar & jika anda sudah berada di tahap lebih tinggin SUDAH BERMAKNA anda boleh sombong dan pandang RENDAH pada orang lain.

Baik alatan SUPER BASIC yang anda perlu ada
1. Beginner DSLR kamera, contohnya D3200
2. Wide Lens yang basic, contohnya 18-105 mm, tips memilih lens basic ialah pastikan anda gunakan lens yang mempunyai diameter kanta yang LEBIH BESAR, lagi besar diameter tu, lebih baik lens tersebut.
3. Memory card yang mencukupi, contohnya 16G sebanyak 2 keping
4. Flash Manual yang murah seperti YN560 + battery rechargeable
5. Beg kamera yang selesa
6. Basic laptop

SUPER basic ni sebenarnya sudah memadai.

Tetapi apabila skill anda sudah TERBINA, client anda juga semakin perlbagai. NASIHAT saya lebih baik UPGRADE LENS terlebih dahulu sebelum body.

Jadi alatan yang lebih advance yang anda boleh upgrade

 

MEDIUM LEVEL
………………
1. Lens WIDE atau super wide seperti 24 mm F1.8, 16 mm F2.8 atau setaraf dengannya. Dari pengalaman saya, saya akan hadkan kepada 24 mm atau paling luaspun 16 mm supaya kesan distortion pada gambar tidak ketara. Memang boleh edit, tapi saya tidak mahu buat kerja 2kali
2. Lens PRIME seperti 50 mm F1.8, 35 mm F1.8
3. Flash yang lebih baik sepeti SB910 atau apa-apa model se taraf dengannya.
4. Tripod & Monopod

Tujuan kita upgrade peralatan adah untuk membaiki LIMIT yang ada pada peralatan sebelum ini. Bagi saya, OPTIMAkan apa sahaja yang ada adalah LEBIH PENTING dalam business.

Jika bukan bercakap mengenai GAJET semata, tetapi BUSINESS itu sendiri.

Saya sarankan anda manafaatkan semua yang ada PUSH to the LIMIT & BARU fikir untuk UPGRADE mengikut keperluan.

Mana lebih menguntungkan, modal RM1000, sales RM5000 berbanding anda keluarkan modal RM3000, sales RM5000.

 

ADVANCED LEVEL
……………….
Saya tidak terlalu mengejar untuk menggunakan peralatan level ini walaupun saya mampu, SEBAB saya focus kepada PROFIT. Namun bukan bermakna saya tidak pernah ada.

Antara alatan TAMBAHAN yang boleh ada
1. Semua lens jenis F1.4
2. Lens 24-70 mm F2.8
3. Lens 70-200 mm F2.8
4. Set Triger Flash
5. True Color laptop

Secara PERIBADI berikut adalah yang saya gunakan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini:
1. D7000, D700
2. SB 910, YN 560 Mark IV
3. 18-105 mm, 24 mm
4. 35 mm, 50 mm
5. Tripod & Monopod
6. MSI True Color Laptop
7. Set Triger Flash

 

Seperti yang saya sebut, OPTIMAKAN apa yang ada adalah lebih penting. Yang sudah ada JANGAN SOMBONG, yang belum ada JANGAN MORAL DOWN. Semua itu hanyalah alatan. SEMOGA post ini memberi manafaat kepada anda semua

Comments