Langkah Awal Untuk Jual Service Jurugambar Anda!

Dalam berniaga ni, benda yang paling penting adalah bakal client anda.

Tak ada bakal client, fikir logik macam mana untuk dapat client. Sebagai jurugambar yang berniaga, anda wajib KENAL siapa bakal client anda.

Kita perlu faham yang bukan semua orang perlukan service kita. Ada orang memang perlukan, ada orang tidak perlukan pun langsung.

Jadi mulai hari ini kenalpasti SIAPA yang boleh jadi client kita, kenal pasti apa yang mereka mahu & kenal pasti di mana mereka berkumpul.

Ini kenal pun tidak, anda terus nak jual service anda yang harga riban-riban tu.

Bukanlah tak boleh, logiknya barang harga seratus lebih pun berkira untuk anda beli, inikan pulak service anda yang harga riban-riban tu.

Faham ke faham?