Nak BELI Kamera, Tapi Tidak Tahu Yang Mana?

Ramai juga yang tidak memahami bagaimana untuk memilih kamera yang sesuai UNTUK SHOOT WEDDING dan OPTIMAKAN apa yang ada.

Asas kepada pemilihan kamera itu sendiri PERLUKAN OBJECTIF yang jelas. Untuk shoot wedding, KITA TIDAK perlukan shutter speed yang TERLALU tinggi sehingga 1/8000 sec. untuk BEKUKAN pergerakan mereka. Malah kita lebih banyak menggunakan shutter speed yang kurang daripada 1/200 sec. MAKA apa sahaja model yang menepati kemampuan ini, ia sudah memadai.

TAPI anda juga perlu memikirkan 3 FAKTOR utama yang lain iaitu
a. ISO
b. APERTURE
c. FLASH

Saya boleh gambarkan kepada anda bagaimana saya MENGOPTIMAKAN peralatan saya mengikut KEPERLUAN yang betul seperti ‘DACING’ dengan SHUTTER SPEED sebagai titik tengah.

Saya berikan beberapa SITUASI untuk membantu anda memahami konsep ini.

SITUASI 1
Ada ada kamera dengan ISO MAXIMA 800, sekiranya anda shoot di DEWAN, kemungkin anda ISO tersebut tidak mencukupi, maka apa yang anda perlukan adalah kamera dengan ISO yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, ia memberikan kelebihan kepada LENS yang anda gunakan walaupun saya cuma ada lens dengan aperture 3.5-5.6.

Selain daripada itu, anda PERLU DISOKONG oleh flash untuk menampung keperluan cahaya supaya sesuai dengan aperture lens yang ada.

SITUASI 2
ANDA juga ada pilihan untuk UPGRADE LENS yang mempunyai aperture yang lebih besar seperti F2.8. Dengan aperture tersebut, ia akan memberikan KELEBIHAN di mana anda kurang memerlukan ISO yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama FLASH juga boleh dikurangkan power yang digunakan untuk menyokong cahaya yang ada.

Dalam business OPTIMA adalah merujuk kepada keputusan yang memberikan COST PUSINGAN yang minima pada ketika itu. Semuanya bergantung kepada ‘dacing’ ini. ANDA cuba senaraikan model kamera yang menepati SHUTTER SPEED yang menepati keperluan kita.

ISO yang ada untuk setiap kamera berbeza mengikut model, maka anda boleh pilih sama ada (a) tukar body yang ISO yang lebih tinggi ATAU (b) dapatkan lens dengan BUKAAN APERTURE yang lebih besar ATAU (c) dapatkan FLASH/ SPEEDLIGHT yang lebih kuat.

Yang mana yang anda perlu pilih TERLEBIH DAHULU adalah mengikut KOS MINIMA. Katakan anda suda ada ISO yang tinggi. MAKA saya akan upgrade flash terlebih dahulu kerana KOS UPGRADE flash lebih rendah berbanding upgrade lens pada waktu keputusan itu dibuat.

Apabila anda sudah ada FLASH yang cukup kuat, lens dengan aperture 3.5-5.6 sudah bukan isu yang BERAT lagi.

NAMUN kesilapan yang saya lihat, rata-rata jurugambar terlalu ‘TAMAK’ melabur sesuka hati mengejar gajet yang tidak menjurus kepada KEPERLUAN BISNES itu sendiri.

Contohnya kita shoot wedding, tetapi sembang beli kamera MODEL A sebab shutter speed dia ada 1/9000 sec.

Pengantin kita BERJALAN laju seperti F1 ke? ANDA faham ke faham?

Comments