Cara MUDAH Atasi FUNGUS Kamera

Baru-baru ini ada rakan fotografi kita yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mengatasi masalah FUNGUS.

Secara peribadi saya tidak mahir untuk operate lens ini untuk dibersihkan jika sudah ada fungus. Tetapi saya ada beberapa cara yang saya amalkan sejak dahulu untuk memastikan semua kamera dan lens saya sentiasa TIP TOP.

Untuk pengetahuan anda, fungus ini adalah sejenis KULAT yang tumbuh mekar pada peralatan kamera yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul.

Fungus ini mudah tumbuh apabila lens dan kamera disimpan dalam keadaan (1) berudara lembab dan (2) ketiadaan cahaya UV.

JADI saya boleh cadangkan untuk anda simpan kamera dan alatan anda yang lain dalam bekas yang telus cahaya dengan di dalamnya ada bahan penyerap lembapan dan pengukur lembapan.

Sekarang ini ada banyak pilihan penyerap lembapan seperti
1. Silica Gel
2. Rechargeable Anti-Fungus
3. Thirsty Hippo Moisture Absorber

Pengukur lembapan atau hydrometer pula digunakan sebagai rujukan kondisi kelembapan udara dalam bekas tersebut setelah ditutup.

Bacaan kelembapan yang baik adalah diantara 45 – 55%. Kelembapan yang berlebihan akan menyebabkan fungus mula membiak, tetapi sekiranya terlalu kering, ia akan menyebabkan getah pada kamera dan peralatan lain mengeras dan rosak.

NAMUN jika anda ada kemampuan, saya galakkan anda menggunakan DRYBOX yang memang telah dibuat untuk simpan kamera. Sebabnya ia automatic, maka kelembapan ini dapat dikawal dengan baik.

Apa-apa brand pun ok, cuma anda perlu pilih saiz yang sesuai mengikut keperluan barang anda.

SHARE post ini jika bermanafaat ye.

Comments