PERHATIAN!! SSM Penting Untuk Bisnes

Tahukah anda, berniaga LESEN PERNIAGAAN adalah satu kesalahan undang-undang?

Sebenarnya untuk anda mulakan perniagaan, anda perlu mendaftarkan syarikat enterprise sekurang-kurangnya denga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk mendaftar syarikat sebenarnya MUDAH sahaja.

Apa yang anda perlukan ialah IC PENGENALAN diri yang sah dan NAMA SYARIKAT yang anda mahu gunakan. Sebagai nasihat daripada saya, saya suka untuk galakkan anda menggunakan nama syarikat yang UMUM untuk tujuan pendaftaran. Ini kerana, pada masa hadapan kita tidak tahu sejauh mana syarikat kita boleh berkembang.

Jadi pada ruangan JENIS PERNIAGAAN barulah anda masukkan JURUGAMBAR maklumat perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, sekiranya anda bertukar BRAND FOTOGRAFI anda sekalipun, atau anda menambah cabang perniagaan, anda hanya perlu UPDATE jenis perniagaan tanpa perlu menukar NAMA SYARIKAT.

Untuk mendaftar, anda perlu hadikan diri ke PEJABAT SSM yang terdekat untuk mendaftar. Pastikan anda bawa bersama IC dan SALINAN IC (3 salinan kalau tidak silap) dan jika anda buat bisnes ini dengan RAKAN KONGSI, pastikan mereka juga hadir semasa mendaftarkan syarikat.

YURAN untuk pendaftaran hanyalah RM 60 SETAHUN (jika masih sama), saya biasanya renew untuk beberapa tahun kerana saya tidak mahu kerap berurusan di pejabat yang RAMAI ORANG tu hihihi.

Selain undang-undang, dengan adanya SSM, keyakinan customer terhadap perkhidmatan anda juga akan meningkat. Ditambah juga, sebarang bayaran juga terus kepada AKAUN SYARIKAT, bukannya akaun peribadi. Secara tidak langsung ia akan meyakinkan customer untuk membuat sebarang pembayaran.

Sila KOMEN “ SSM “ jika post ini bermanafaat kepada anda. SHARE juga post ini kepada kenalan-kenalan anda yang lain.

Comments