SILAP BESAR Jadi Jurugambar Perkahwinan!

Saya tidak nafikan hari ini sukup mudah untuk belajar shoot wedding. Ia semudah hari ini beli kamera, esok terus boleh mengaku JURUGAMBAR PERKAHWINAN.

MALANG sekali sebenarnya sehingga ke hari ini terlalu ramai jurugambar perkahwinan yang masih ZERO dengan ilmu bisnes. Saya tidak mahu mempertikai hasil kerja anda di luar sana, tetapi apa yang saya cuba beritahu anda MEJORITI jurugambar perkahwinan hari ini tidak melakukan BISNES sebaliknya syok sendiri.

APA BUKTINYA?

Saya tidak mahu menyebut mana-mana pihak, tetapi saya mahu memberikan gambaran mudah supaya anda jelas tentang KESILAPAN BESAR ini.

Cuba anda lihat posting berikut. Dalam posting tersebut, seorang BAKAL CLIENT anda sedang mencari photographer untuk majlis bahagia beliau. TAPI komen yang diterima pada posting tersebut sudah lebih 190 komen, dengan kata lain, jika anda salah sorang PHOTOGRAPHER yang di recommend oleh orang lain, bermakna anda perlu bersaing dengan 189 photographer yang lain.

 

DARI nibah, anda hanya perbeluang mendapatkan client tersebut cuma 0.5% sahaja beb.

MASIH TIDAK JELAS?

Baik saya berikan CONTOH lagi…..

Anda mesti biasa tengok, photographer buat posting macam berikut

 

Normal bagi saya semua photographer buat perkara yang sama. SO secara tidak langsung, 190 photographer tadi melakukan perkara yang lebih kurang sama, mereka upload gambar, kemudian tulis lebih kurang, upload contoh gambar.

Tapi cuba anda lihat posting seorang peniaga ini, dia berniaga kedai makan. Kedai makan tempat anda banyak atau tidak? Saya JAMIN semua tempat kedai makan memang banyak sampai tidak terkira.

 

Apa yang anda dapat bezakan dari 2 posting tersebut? Apa yang anda boleh perasan?

Baik dari posting ini jelas anda boleh lihat
1. Posting kedai makan tersebut lebih panjang berbanding posting promosi jurugambar
2. LIKE posting kedai makan lebih banyak berbanding jurugambar

DAPAT SAYA RUMUSKAN yang jurugambar hari ini masih tidak SEDAR yang bisnes hari ini bukan boleh berjaya begitu sahaja. GAMBAR anda cantik gila macam mana sekalipun, MASAKAN anda sedap gila macam mana sekalipun, TANPA strategi pemasaran yang betul, bisnes anda tetap LEBIH BERIKAN BEBAN berbanding memberikan KEPUASAN INCOME kepada anda.

Sebab itu JURUGAMBAR PERKAHWINAN perlu sedar kepentingan ilmu bisnes. JANGAN terlalu focus untuk gila belajar editing sahaja, tahu belajar shoot sahaja sedangkan ILMU BISNES masih ZERO.

Bagaimana untuk anda bersaing dengan 190 jurugambar perkahwinan itu nanti kalau anda GAGAL untuk “memikat” client anda untuk booking dengan anda. Dahla persaingan sampai 190 orang, nibah kejayaan cuma 0.5%, anda pulak tidak belajar STRATEGI pengurusan bisnes yang berkesan.

TU SEBAB RAMAI TAK ADA JOB sebab nibah kejayaan tu sudah drop sampai 0%.

Nama pun perniagaan jurugambar perkahwinan, KENAPA anda sibuk belajar editing je, beli kamera dan gajet tak habis-habis sedangkan ILMU BISNES sikit pun anda tidak beri perhatian.

Malang kalau anda tidak mahu dalami ilmu perniagaan dengan baik. Semoga posting ini membuka minda separuh sedar anda.

Comments