Tahu 3 Rahsia Ini Akan Menjadikan Service Jurugambar Anda Nampak Hebat

Zaman sekarang ini dunia fotografi terutamanya jurugambar perkahwinan sudah semakin mencabar. Jika zaman 2009, semasa saya mula dengan kamera DSLR, bila sebut jurugambar perkahwinan ini memang semunya nampak exclusive. Mana tidaknya, bukan semua yang mampu beli kamera DSLR waktu itu & memang semua orang tahu mahal kamera DSLR ni.

Tapi zaman sekarang pula, sebaliknya yang berlaku, kamera sudah mudah untuk kita dapat, yang terpakai pun ada banyak dalam pasaran. Jadi secara tidak langsung lebih ramai yang mula beranikan diri dalam industry ini.

Kesannya kepada photographer, ia menjadikan industry jurugambar perkahwinan itu nampak seperti biasa oleh kebanyakan orang. Bila saya survey jurugambar, seolah-olah seperti sudah kurang exclusive photographer perkahwinan tersebut.

Oleh sebab itulah anda perlu tahu 3 RAHSIA ini untuk tahu bagaimana untuk jadikan service anda jadi KEMBALI EXCLUSIVE & perkhidmatan anda mahal.

#1 Belajar jadi jurugambar yang BERILMU

Bila sebut berilmu ini, anda jangan salah faham pula, saya TIDAK BERMAKSUD anda boleh mengabaikan aspek teknikal dan aspek penting dalam fotografi itu sendiri. Sebab kemahiran itu sangat penting untuk memastikan KUALITI kerja anda memang exclusive. Hakikat industri perniagaan jurugambar perkahwinan sekarang ini tidak lagi dilihat sebagai RARE, sebaliknya sudah ramai yang boleh beli kamera. Jadi untuk menjadikan anda jurugambar yang memberikan service yang hebat, anda mestilah MENGETAHUI lebih banyak perkara dalam bidang itu sendiri dalam memberikan nasihat, memberikan panduan kepada para client untuk memastikan gambar mereka adalah yang terbaik. Semakin detail anda boleh memberikan nasihat, semakin hebat anda dimata client anda.

#2 Jadi jurugambar yang ada SOCIAL PROVE

Tidak cukup dengan layanan yang baik, nasihat yang baik dari anda, anda juga perlukan BUKTI SOSIAL atau sokongan dari orang lain yang mengatakan anda seorang jurugambar yang hebat. Bukti ini mestilah dari kalangan pelanggan atau bekas pelanggan anda yang secara terbuka suka dengan anda, suka dengan nasihat anda, suka dengan PENGETAHUAN anda. Social prove ini boleh anda buktikan dari tesimoni atau review para client anda, tahap responce audient terhadap media social anda & anda sentiasa wajib menonjolkan diri untuk dikenali oleh para bakal client anda. Jadi jika ada malu untuk bersemuka dengan client, malu untuk tunjukkan diri anda, anda dalam keadaan tidak selamat.

#3 ISTIKOMAH dalam melakukan pemasaran

Dan yang paling penting, jika anda ada cukup pengetahuan untuk memberikan nasihat, memberikan panduan kepada client anda & ada social prove yang baik, semua itu tidak bermakna jika anda tidak melakukan secara ISTIKOMAH atau dalam bahasa lain consistence dalam melakukan pemasaran. Jika anda berhenti memberi panduan dan nasihat kepada para client anda, secara tidak langsung bisnes anda akan merudum & tidak kelihatan HEBAT lagi.

Anda perlu tahu yang client akan mula melupakan kita selepas 24 jam dan manusia membeli atau bertindak mendapatkan service anda kerana DIRI ANDA. Faktor gambar itu memang sebahagian sebab jika anda upload gambar tidak menarik pun orang tetap tidak percaya betul tak? Gambar mungkin kurang memberi rasa kepada client anda, tetapi diri anda dan kata-kata anda boleh menjadikan mereka RASA SELESA & LAYANAN ANDA yang buat mereka rasa berbaloi berurusan dengan anda.

Faham ke faham?

Comments