Teknik Marketing Berkesan Untuk Jurugambar!!

Haritu saya ada buat live tentang EFFECTIVE MARKETING. Tapi saya dapat perasan ramai yang tak perasan.

Sebagai ganti, hari ini saya nak share dengan anda bagaimana untuk buat marketing yang berkesan.

Baru-baru ini alhamdulillah KAJIAN saya terhadap teknik marketing untuk jurugambar ini telah memberikan jawapan kukuh bagaimana dan mengapa sales saya mencecah 9K sebelum ini. Hasil penyelidikan, dan rujukan pada yang lebih pakar, barulah saya sedar yang selama ini saya secara tidak langsung melakukan STRATEGI MARKETING FUNNEL.

Teknik dan strategi sebenarnya adalah 2 perkara yang berbeza. SEBAB utama mengapa marketing kita jadi tidak berkesan, sebenarnya adalah disebabkan kita hanya melakukan TEKNIK PEMASARAN, tetapi tidak melakukan STRATEGI PEMASARAN.

STRATEGI PEMASARAN merujuk kepada bagaimana untuk meningkatkan sales. Manakala TEKNIK merujuk kepada cara untuk hasilkan sales.

JADI untuk menjadikan marketing anda berkesan, selama ini saya menggunakan STRATEGI MARKETING FUNNEL yang terdiri daripada 3 LAPISAN UTAMA (Lihat rajah).


1. FASA SUAI KENAL
Dalam fasa ini, objective sebenar adalah untuk memperkenalkan diri kepada kelompok masyarakat yang sesuai dan berpotensi menjadi client atau customer anda. Untuk mencapai objective tersebut, pelbagai teknik akan digunakan seperti teknik LIKE.

Pada hari ini, media pemasaran yang mudah untuk anda gunakan sebenarnya Facebook dan Instagram. Namun secara peribadi, saya lebih cenderung kepada facebook kerana peratusan account fake adalah jauh lebih rendah berbanding media lain. Jadi dengan teknik yang sesuai, objective pada fasa ini akan tercapai dengan mudah.

2. FASA JATUH HATI
Untuk mencapai sales yang meningkat dan terus meningkat, kita tidak boleh cukup sekadar FASA SUAI KENAL. Maka fasa ke-2 ini adalah bertujuan untuk menjadikan client kita mula untuk FOLLOW kita secara rapat-rapat dan menjadi PEMINAT TEGAR hasil kerja kita.

MALANGNYA untuk tujuan ini, jika anda terlalu bergantung kepada gambar perkahwinan semata-mata, sebenarnya ia akan menjadikan bakal client ini menjauhi kita dan bukannya FOLLOWER TEGAR. Maka sebab itulah antara teknik yang saya gunakan ialah MEMBERI NILAI atau MEMBERI MANAFAAT kepada setiap follower saya.

Dengan cara itu, client akan JATUH HATI sehingga tidak mahu orang lain yang shootkan untuk mereka.

3. FASA PUKAU
Walaubagaimanpun, tanpa fasa pukau, sales tetap tidak akan berjaya dihasilkan. FASA PUKAU ini sebenarnya adalah satu fasa yang bertujuan untuk membuatkan para cient “dipukau” untuk bertindak membuat confirm booking dengan segera.

Anda perlu faham yang deposit booking juga adalah satu yang sangat diperlukan oleh jurugambar. MAKA booking baru adalah sangat penting bagi memastikan cash flow bisnes kita munasabah sesuai dengan perbelanjaan kita.

Saya harap posting ini memberi manafaat kepada anda.

PS – Lepas baca, sila Like dan Share dengan rakan-rakan anda agar mereka juga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Comments